PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





31 July 2011

Skodeng Trigger 1



Woah dah lama aku tak update..Meh kali nih aku nak merepek pasal TRIGGER. Nak senang paham melayunya kita sebut pencetus.


Weh ramai yang tak tahu atau tak perasan dalam hidup manusia ada mechanism trigger.Aku nak story pasal memory triggering.


Memory triggering adalah proses otak mengaitkan masa present day dengan masa lampau.Segala maklumat kenangan atau pengalaman manusia tersimpan dalam sel otak..dan tiada istilah overwrite..so tak payah gatai nak risau maklumat dalam otak ter overwrite..Tapi jangan suka sangat..sebab kerosakan sel otak boleh menyebabkan cyclic redundancy check..senangnya hilang ingatan..ok..kita skip yang nih..


Triggering boleh berlaku dari lima trigger point.


Mata

Telinga

Hidung

Lidah

Kulit


Sebagai contoh jika aku mendengar lagu Biru Mata Hitam Ku secara otomatik aku teringat van kilang..sebab lagu tuh lar drebar suka pasang masa antar kami balik tetengah malam.Suka duka masa kerja kilang..


Kalau aku tengok playwood terlintas kat otak aku macam mana lembaga duduk mencangkung atas playwood tak melentur..sedangkan kucing berjalan pun dah melentur.


Kalau aku terbau minyak wangi Far Away teringat chenta lama.


So ushar2 la apa yang dapat triggering memory lama..That feeling kita tak dapat tukar dengan wang ringgit..kita cuma boleh recreate dalam otak jer..


Kot2 la boleh imbas balik zaman buas anda..hahaha..zaman sopan giler..


14 July 2011

Skodeng Time Out








Kebiasaanya masa aku nak update blog selepas waktu pejabat. Walau aku sememangnya mengunakan internet untuk kerja seharian jarang aku mengunakan laman facebook..owhh aku ada akaun..tapi aku kurang berinteraksi.



Ada tangapan orang Webmaster kerja senang..ketik-ketik keyboard jer..well depend pada webmaster dan jabatan dia jugak..Macam aku.. tugas aku sekarang buat database untuk fakulti,sukatan pelajaran dan text book..shit happen..



Katakan dalam U ada 10 fakulti (tak kan 10 jer mesti lebih) contoh jer.. 1 fakulti at least 3 jurusan..banyak?ok aku kecik kan cikit..1 jurusan ada 3 level pra, dip dan ijazah..banyak lagi?kecik kan lagi..ambil dip sebagai fokus..Katakan diploma selama 3 tahun bersamaan 6 semester..uih kena kecikan lagi..Ok..zoom pada 1 semester..Setiap 1 semester sukatan pelajaran berbeza dan buku rujukan berbeza..Satu semester ada 5 subjek..Upkan satu database untuk setiap subjek dan sekarang cuba baca secara reverse <<<<..Get the point?



How many involved? Just Me.. Dalam masa 1 bulan aku kener up semuanya..Dan macam mana perasaan aku kalau ada orang kata orang kejer gomen makan gaji buta? Sebelum aku masuk gomen aku kejer buruh kasar,pesawah,penoreh getah,kilang..yes aku orang susah..no work no money..no money makan la apa yang ada..even pucuk paku pon jadi lauk..pernah makan umbut pisang?pernah makan batang keladi?weh jajan aku masa kecik bukan cekedis tau..tangkap la belalang untuk goreng..tapi ada lagi orang lebih susah dari aku..



Ikan sekor bini dia dan anak-anak dia kongsi tau..itu pun puas minjam duit rata..dia makan apa yang tersisa..Gaji dia RM 375..tolak KWSP tolak sana sini..baper cash dia?Adik lelaki aku gaji sehari RM 10 sebulan baper bersih dia dapat?..Dia berkahwin ada sorang anak bini dia surirumah fulltime..Suami isteri OKU..peluang kerja terhad..



Okeh patah balik yang tadi..website yang aku nak up tu masih dalam pembinaan..tapi pengguna masih boleh access main website..that right we have backup..plan for the worst..down one site you have another ready for kick in...Aku tak boleh merungut ..Sebab aku pernah kerja tengah panas terik..bayangkan nikmatnya kerja dalam air cond..kusi empok..cuti seminggu pun gaji jalan..Dulu cuti sari pon dapur tak berasap..Bila dapat kerja gomen yang paling epi bukan aku..tapi mak aku..pesan dia kerja lek lok jangan sampai kena buang..keluarga kita susah..mak tak per la dah tua..abiskan sisa umur yang ada..engkau masih panjang perjalanan..so atas kata-kata tuh aku apply gomen



Tak jadi kesalahan nak tidor waktu rehat..so kalau kantoi pun waktu rehat jugak..saper nak marah..kalau time kejer tidor..mau kena smackdown..


Walau keja dalam keadaan stress aku tetap epi..mungkin kena dengan jiwa dan minat aku kot..Kepada reader bukan semua kakitangan kerajaan sama..Aku pun bukan perfect..ada jugak tempang..kalau perfect alangkah bagus nyer..sebelah mata jer kerja dah siap..kerja yang sebulan dalam masa 5 saat dah siap..(fuhhhhh..angan-angan jer)



Kerja tak siap=skt hancus=tiada kenaikan gaji+kos sara hidup=anak bini aku nak makan apa?Tak kan Jabatan Kebajikan Masyarakat nak suap?


Skodeng Fitnah atau Realiti????

Takut woo..fitnah azabnya sangat berat..tapi kalau benar la apa yang dihebohkan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya dunia dan akhirat..sini..baca ler

Tah ler..harap dapat la penyelarasan gaji dan penyeragaman COLA..Dapat gak sara anak bini..aku tak de duit juta-juta..aku cuma mampu beli makanan singit dua untuk suap pada isteri..bertuahnya orang kaya..boleh sedia apa yang bini depa nak..

11 July 2011

Skodeng Bersih 2.0








Dah baper hari dah Perhimpunan Bersih berlalu..aktuali aku tak berminat dengan politik..yang aku tahu cukup time aku pangkah..aku tak kisah pangkah PAS ker Barisan ker..Kalau aku rasa calon tu layak aku pangkah jer..PRU lepas aku pangkah dua-dua.. Parlimen PAS Adun BN..




Sikit benar yang pergi..rakyat Malaysia ada 27.5 juta tak kan ciput jer..nampak benor tak der sokongan..sokongan moral banyak la kot..yang pergi pun berbelah bagi..ada yang ngikut jer..ada yang nak cari pengalaman..weh bukan senang nak rasa kener flush dengan tear gas..ada yang betul-betul nak pergi..




Aku cuma sokong pemimpin yang aku conpident..Tak kisah la PAS atau Barisan..Keadilan jauh sekali aku nak sokong..Kenapa aku sokong dua parti..tak tetap pendirian ker?




Mudah jer kat tempat aku kan ada Adun dengan Parlimen..bila aku rasa calon tu berkaliber aku tak kisah PAS atau Barisan.Tapi kalau calon dia Keadilan atau DAP aku buat undi rosak jer..




06 July 2011

Skodeng Real Transformers



This is da real transformer..hahaha

Skodeng It The Truth




Pernah guna pencarian google?Kalau pernah mesti ada alami seperti gambar..
Google adalah engine pencarian no 1..Most popular..
Biasanya page 1 result dah jumpa per yang kita nak..kekadang terselit kat page dua atau tiga..Kalau masih lagi cari kat page 5 ker..kira serius la..desperet benor..kalau page 99..hanya anda sajer tahu naper anda sesat sampai kat situ..