PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





29 December 2009

Skodeng terjun tiruk horror.

Ok nih aku upload. Diharap pembaca ambil iktibar. Seronok kejap jer tapi nak menderita seumur hidup. Trust me.Tanya mangsa...



video

Skodeng saja-saja.

Ada beberapa video yang aku tak dapat nak upload sebab nanti dikatakan racist. Tapi bila aku tengok video tu patutnya gunakan jer Mp5. Senang cerita. Samseng bukan main libas parang sana sini siap tetak orang lagi. Tapi bila polis bawak Mp5 tahu pulak lari. Kalau dia tetak kerata yang baru kiter beli pas tuh duit tinggal lagi sepoloh hinggit nak sara anak bini lagi gaji 3 hari lagi nak dapat. 3 hari macam 3 minggu.

Aku pernah tengok kawan aku makan nasik dengan sisa minyak goreng ikan. Ikan dia bagi anak gn bini dia share. Gaji lagi seminggu. Duit gaji abih buat repair kereta. Tak der kereta tak kerja la.

Ok ada juga kemalangan kalau kita tengok memang lawak. Kepada lelaki yang memandu jangan tengok pompuan semasa memandu. Kalau gatai nak tengok juga..tanya alamat umah dia.pas tu pergi rumah dia bawak popcorn suruh dia duduk atas sofa pas tu tengok puas-puas. Kalau tak puas juga bawak balik, beli aquarium yang besar lepas tu masukan air pas tu suruh dia masuk dalam tu pas tu ari-ari bagi makanan ikan.



Tengok sendiri lar.Aku ingat species ni dah pupus tapi upanya masih ada lagi.




Ada juga teknologi yang disalahguna atau tak tau nak guna so jadi tragedi la. Tank NGV meletup. Aku ada video kejadian yang berlaku kat Malaysia. Video semasa mangsa berada di wad kecemasan. Asanya dalam youtube dah diuploadkan dah. key in jer ngv meletup dapat lar.



Ok. cukup la tu. Aku sedang menunggu gambar kemalangan Expless sani. Ehsan dari kawan aku yang antara orang terawal tiba di lokasi kejadian. Pas nih kalau nak naik double deck pastikan anda memilih tingkat yang atas. Kejadian ini adalah kali kedua. Kali pertama sampai terburai perut kena besi pengadang.Pendapat bodoh aku kena ada 40driver gantian dan seorang penumpang. Setiap 30 saat tukar driver.Bodohnya..

Driver tidur nih perkara lama tapi masih berulang. Dulu aku pernah juga dengan poyonya aku tidur jugak. Sedar-sedar dah ada dalam longkang. Serius aku tak sedar bila aku terlelap. Aku rasa macam mimpi. Ada kejadian, aku terlelap tetapi tiba-tiba tersentak jaga hanya beberapa meter saja dari keter rosak kat tepi highway. Seriusly bila masa dia parking aku tak tahu.

Suatu hari sedang aku melayan perasaan tunggang motor..bila aku kembali ke dunia nyata aku hanya sempat nampak roda depan motorsikal budak pompuan yang aku langgar.Laju ke tak bayangkan trotel motor tu aku pulas sampai abih. Cedera? Percaya atau tak aku cuma alami melecet jer.Kulit aku dibuat dari reinforce titanium.Gyahaha. Tapi serius aku cakap bila doktor buat x ray. Dia geleng kepala. Hanya 1cm saja lagi tulang aku nak tikam paru-paru.Dah lar tak disimen. Yer lar rusuk,bahu dengan leher mana nak disimen.Leher aku terkehel jugak lar. Nasib baik tak patah. Helmet aku remuk..Ada cop sirim la katakan.Motor bahagian depan hancur..Aku pakai body armour. Bak kata orang kedah orat dawai,kulit tin dan tulang besi. Tipu jer...lol

Pas tu untuk selama seminggu bila aku bergerak akan terdengar la tulang meletup-letup. Mak aku sampai menangis bila dia dengar. Doktor memang tak akan simen bahagian dada sehingga kepala.Sejak ari tu aku jadi seiko berminat tengok gambar orang ngeri-ngeri nih. Sampai koleksi aku banayak pas tu aku kongsi dengan nko orang semua. Sekarang aku bawak slow dah. Dia bagi warning 3 kali...kali ketiga memang amaran keras. Polis yang pergi ketempat kejadian mengatakan kebanyakan eksiden macam tu adalah eksiden maut. Aku bersyukur sangat aku masih lagi idup hingga ari ini. Tobat dah.

Skodeng wat eber second left!

Seriously lucky.1 second mistake could end him a nice vacation in wheelchair. Aku tak tahu motive dia yang sebenar. Mungkin pengaruh oliwud..

video

Aku tak tahu jika dia nih mengong ker tak. Kejadian semasa sebuah pesawat sedang prep untuk catapult launch. Benda alah yang kat roda depan tu catapult. Sbb runway aircraft carrier pendek jadi dia guna catapult. Tanda silang yang dibuat bermaksud full abort. Giler ker nak jerit abort bukan nak dengar pun.Chieft yang sorang tu sedang melaporkan pada control tower yang kat belakang. View ni dari camera catapult control, kat tower dia ada lagi camera. Digunakan sebagai precaution incase ada kemalangan boleh lar review.

video







big mistake. Nope, it really BIG MISTAKE!



Beringat la. Sebelum kemalangan kita cuma ada masa antara 1- 2 saat untuk bertindak. Sempat ker? Kalau rasa tak sempat beringat la dari awal.

Skodeng 2 second left part 1

video

Ini cul. Tapi sedihnya ada penonton yang terbunuh semasa kejadian nih. Lepas nih sapa yang berani nak tengok airshow lagi. Lol aku bukan nak takutkan nko orang semua. Tapi tak salah beringat yer tak?

Ok.. nak tau masa mana pilot dia eject? Tengok masa saat keempat canopy dia ejected.Sebaik sahaja ejection triggered small amount exlosive sekitar canopy meletup dan canopy melenting keluar.Canopy bumbung lutsinar tu la. Saat kelima ejection seat kick out. Semuanya dalam masa dua saat. Tapi aku tak pasti sama ada chute dia open ker tak. Kalau tak open memang remuk lar badan dia.

Skodeng keja yang tak der keja.

video

Njoy da sow. Wat eber he stupid or wat i dun know. Nilai sendiri lar. Nanti aku pos yang terjun tiruk sampai terbelah muka and seriuosly paking shit hidup lagi semasa dalam wad kecemasan.Brace ur self babeh.

28 December 2009

Skodeng Hang Pa Terkejut Ka?

hheeeeeeee..ketika aku balik kampung ari tuh. Aku ada bertandang ke rumah seorang Sargeant bahagian jenayah. Ironinya dia pernah tangkap kawan aku pasal kes bunuh, kes melarikan anak orang,kes liwat dan banyak lagi. Lebih ironi lagi ialah dia bakal menjadi bapak mertua aku sendiri. Dia ada cakap safest seat adalah driver. Deadly seat pun driver juga, ikut pada situasi. Dalam mana-mana kemalangan kalau buat statistik tentu kita boleh lihat yang mana satu tinggi kematian dia.Ok. aku bagi beberapa perkara untuk difikirkan.

1. Driver seat adalah sebelah kanan.

2. Laluan kecemasan adalah dibahagian kiri.

3. Seatbelt bukan jaminan keselamatan.

4. Lebih dari 80% penumpang seat belakang tidak memakai seatbelt.

Pemandu akan lebih memikirkan dirinya jika terjadi kemalangan. dia akan cuba mengelak dari merempuh sesuatu (naluri - first) (akal - second). Selepas itu,tempoh reaksi yang diambil sesaat sebelum kemalangan. Di sini banyak kepelbagaian situasi. Ada kemalangan yang pemandu dia tak sempat menjerit pun. Dengan kata lain belum pun sempat nak sebut Ya Allah. Jika ada kesempatan naluri dia akan mengelak ke sebelah kiri jika ada kenderaan datang dari arah bertentangan masuk pada laluan dia. Sama jika kenderaan yang cuba memotong akan cuba memasuki laluan asal semula.

Kenderaan yang rosak akan diletak pada bahu jalan atau lorong kecemasan. Atas kecuaian pemandu bahagian yang akan menerima impak adalah pada bahagian kiri. Kenderaan besar akan mempunyai rear guard atau palang besi pada bahagian belakang. Ini untuk mengelakan kenderaan kecil termasuk ke bawah perut semasa kemalangan.

Pemakaian seatbelt dikebanyakan negara adalah mandatori. Tetapi ia bukanlah jaminan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan. Secara tepat adalah untuk meningkatkan peluang untuk hidup berbanding tanpa pemakaian seatbelt. Kerana jika driver ia masih lagi terdedah kepada impak pada sebelah kanan dari kenderaan lain atau impak semasa kemalangan (cermin dan frame) dan atas (bumbung) jika kereta flip over. Atau lebih tepat kereta kena penyek.

aku sambung len kali...


Satu tanggapan penumpang seat belakang masih selamat dan tiada risiko kematian. Tanggapan itu salah. Tanpa seatbelt ia masih lagi terdedah kepada kecederaan parah pada kepala jika terkena dashboard atau patah leher jika kenderaan flip over berulang kali. Jika badan menghentam seat hadapan pada kelajuan tinggi risiko kecederaan dalam juga tinggi. Perlu diingatkan dinding kereta dibuat dari logam, kepingan logam semasa kemalangan bolen menjadi setajam pisau memotong tubuh badan semasa kemalangan.



Kenderaan kecil memang ekonomi tetapi menawarkan tahap keselamatan yang rendah. Adakah pengeluar kereta memikirkan mengenai hal ini? Body kenderaan pada bahagian hadapan lembut adalah ciri-ciri keselamatn juga,berfungsi sebagai penyerap impak hentaman jika tidak mempunyai airbag. Size kereta yang kecil mengurangkan keluasan kawasan untuk impak tersebar. Tapi kereta juga mempunyai main frame yang kukuh tapi sekali lagi bukan sebagai jaminan.

Kenapa kepala dia terkulai macam tu? Kenapa kepala dia tidak terbenam pada dashboard.

Pemakaian seatbelt meningkatkan peluang untuk hidup. Tapi sekali lagi bukan satu jaminan. Driver terselamat kerana pemakaian seltbelt dan hentaman adalah pada bahagian kiri.

Tapi malang bagi penumpang hadapan, walau dengan pemakaian seatbelt dia masih lagi kehilangan nyawa. Bagi penumpang belakang jelas tanpa seatbelt. Mengalami kecederaan parah pada kepala. Penutup yang menutupi muka tu selalu kita lekat pada cermin tingkap.

Bas warna ni siapa pun tahu ini adalah bas kilang. Bas diletak pada lorong kecemasan. Mengikut gambar ini tiada kon keselamatan diletakan pada belakang bas. Mungkin telah diubah selepas kejadiaan. Kerosakan adalah pada bahagian kanan belakang bas.

27 December 2009

Skodeng motor jumpa lori


Meh mencari barang tersembunyi. Sila cari helmet di dalam gambar ini. Saper yang gatal nak kata helmet tuh sebagai aksesory keter memang aku lempang. Tapi inikan membuktikan helmet ini sangat lasak. Ha apa lagi cepat p beli.


Dulu aku ada juga koleksi gambar kepala orang yang melekat pada body trailer kontena. Melekat mungkin tak sesuai.. Kepala mangsa menembusi dinding kontena. Tapi yang ni cuma helmet saje.


Jika ada yang nak tengok macam mana bertembung depan sama depan macam ni la.



Ada bran nak bawak laju-laju?








24 December 2009

Take a break.

Tension betul hardisk aku osak. Problemnya yang rosak tu aku punya backup, dah tanya engineer kalau nak balik data dalam tuh kos dia mencecah RM8000. Aku tak tahu kenapa makmal nak caj semahal itu.

Well kalau masalah software aku boleh setel tapi masalah teknikal bukan bidang aku. Macam mana back up boleh rosak tak tahu la. Aku bukan pakai external hardisk.

Nasib la. Cuma tinggal backup dalam dvd jer tuh pun tak banyak. Pas nih aku bercuti so tak der nak update blog.

23 December 2009

Skodeng show off yang failed

Kejadian berlaku di Budapest, Hungary. Nak show off kat gefren. Tapi terlanggar tiang tepi jalan so terputus lak badan. Tapi dia pakai protective glove. Lain yang jadinya..



Mungkin ada yang kata. Ahh.. mana mungkin nek motor boleh putus badan macam nih.Tipu jer mesti ada orang gelek dengan trailer. Kalau nak tahu impak pada kelajuan tinggi apa-apa pun mungkin. Pernah terjadi kat Malaysia motorsikal terlibat dalam kemalangan tapi penunggang tidak dapat dikesan. Atas pokok tak der dalam longkang tak der tepi jalan lagi la tak der. Rupanya mangsa tercampak ke dalam lori yang dirempuhnya dan hanya disedari berpuluh kilometer dari tempat kejadian.




Sebagai peringatan kepada pejalan kaki. Gunakan jejantas jika hendak melintas. Jika tiada gunakan lintasan yang mempunyai lampu isyarat. Jika tiada juga pastikan anda tahu jarak dan kelajuan kereta yang datang. Sila pastikan anda memakai pakaian yang cerah. Iklan tv selalu cakap sebab dia pasai ni la.Jika masih lagi gagal mengagak jarak kenderaan tapi masih gatal lagi nak melintas pastikan anda membuka baju dan kain bagi perempuan muda yang bergetah supaya pemandu akan berhenti dan memberi laluan.

Tetapi tidak digalakan bagi yang sudah berumur kerana dikhuatiri pemandu akan beramai-ramai berpakat untuk sengaja melanggar anda. Bagi lelaki tanggalkan seluar dan tunjukan lubang bontot tapi pastikan anda dapat melarikan diri dengan pantas jika anda gagal bukan takat putus dua. Doktor akan mengalami sakit kepala yang serius kerana gagal mengenal pasti identiti anda dan sebab kematian.




Dari pinggang sehingga ke bawah. Selebihnya ada dalam kereta.


Skodeng keter sodok lori.

Kali nih keter sodok lori. Yer lori yang besaq gedabak tuh. Keter yang rendah sangat jadi lawan dia. Benda nak jadi pun bukan kita nak tau. Berhati-hati dan peka kepada keadaan sekeliling. Cukupkan tidur dan rehat semasa memandu. Tapi jangan cukupkan tidur semasa memandu. Hasilnya sama juga risiko kemalangan sangat tinggi.






Skodeng lori bawak kongkrit.


Aku rasa ramai yang pernah berselisih dengan lori yang membawa muatan concrete yang besaq gedabak tu. Aku tak pasti berat dia, tapi aku agak mencecah tan. Kali nih aku nak tunjuk eksiden lori nih.


Mangsa dia seorang lelaki. Perhatikan kaki kiri dia yang terjungkit ke atas. Gambar kartun boleh lar kena hempap boleh tembus lantai umah tapi idup lagi. Tapi ini tak. Real life.. kena hempap alamat penyek lar.




Kecederaan yang extrem parah dari leher sehingga lutut. Muka masih lagi dalam keadaan elok.


Mengunakan back hoe untuk mengeluarkan mangsa

Kepada pemandu kenderaan kecil berhati-hatilah dengan kenderaan berat semasa di dalam perjalanan. Kepada sesapa yang memandu kenderaan berat tu, sebelum perjalanan check dulu fungsi brek.

21 December 2009

Skodeng 1001 maksud..

Aku buat posting macam nih kali nih sebab tadi masa aku tengah minum kopi sambil makan kuih aku edit posting gambar eksiden. Ntah tiba-tiba aku rasa mual siap nak muntah-muntah lagi. Kembang pipi tu..biasanya ok jer.




First sign of danger run!!!




But nope to the police..they always run toward the danger!! Kadang-kadang kehilangan nyawa. Kenapa? Adakah sebab arahan? Atau sebab nak dapat pingat? Atau nak dapat nama?





Komunikasi adalah sangat penting masa kini. Ramai yang menggunakan mobile phone,sampaikan dua tiga ketul sorang. Harga memang beratus-ratus..





Aku pakai celcom postpaid. bila line bz atau ada masalah bila call centre dia orang cakap tengah upgrade system. Kerap macam tu. Abih tu yang sebelum tu upgrade aper? Tak akan tak abis-abis lagi. Tension betul aku asa amai yang menghadapi masalah yang sama. Tak guna jugak kalau kawasan liputan meluas tapi kualiti service hampeh pun tak guna juga. Tapi aku kena pakai juga tak akan nak pakai telefon benang kot.



Binatang,serangga dan manusia semuanya ada kaki dan tangan. Kalau yang jenis yang memang tiada tu macam ular ada penganti macam bergerak menggunakan perut. Tapi kegunaan untuk binatang dan serangga terhad.






Kalau manusia unlimited. Akan menjadi saksi kita pada hari pengadilan kita nanti. Korek hidung pun akan ditanya. Yer la pas korek hidung pergi seving makanan kat orang tak basuh lak tu.




Aku tak tahu apa yang kucing ni fikir tapi aku tahu naluri dia ada naluri ingin tahu.Memang tak salah jika dia ada naluri binatang.


Perogol,pembunuh dan penculik ada masa dia dan kerap kali dia campak mangsa dia macam tu saja..Suka sangat nak jadi binatang. Tak tahu pulak perogol hantar mangsa dia ke balai polis. Tapi ada juga perompak yang nak merompak berdoa sebelum nak mula operasi. Benda nih memang real berlaku dan video dia aku dah terdelete.



Kucing binatang suka tempat yang sempit, panas dan kurang berangin. Tapi di dalam microwave walaupun panas bukan pilihan utama dia. Sangat pandai mencari tempat tinggal walau pun kadang-kadang suka tidur atas pokok.





Tapi ada satu makhluk yang sangat kreatif dalam mencari tempat tinggal. Ada cita rasa tinggi ada bunglow 70-80 buah belum termasuk kereta 2-3 ribu bijik. (yer ker?)Walaupun mengemis tapi mereka masih lagi kreatif dan mampu berusaha mencari nafkah.


Jangan sesekali membuat muka macam nih pada anak dara jiran anda di hadapan dedi dia.
Nasib la kalau kena hentak dengan dedi dia.

Ntah la aku macam tak konfiden ja dengan riak muka kucing nih. Macam nak curik aku punya bekfes jer. Nak suruh dia jaga ikan? Abis lar ikan aku..kalau tinggal tulang pun dah kira bernasib baik.. Kadang-kadang aku asa tengok popye lak.


Penyangak internet.. memang kerap kita dengar dan masih ada yang terlalu baik hati dengan mempercayai mereka ini. Scam pun orang malaysia selalu terkena lagi.Maybank2U?heheheh.. sampai bila gejala nih nak abis tak tahu la. salah sapa? Aku guna internet, tapi kalau ada web yang mintak no telefon ker atau akaun bank ker memang aku tak bagi. Giler apa tiap-tiap minggu dia antar ms pas tu caj 5 ringgit. Ada yang boleh donload free lagi.


Kat kampung aku kucing itam dianggap jelmaan iblis. Tapi tak semua..ada juga yang betul-betul binatang.Kucing belaan aku (bukan jin belaan yer) dah ilang, mgkin kena curi..sebijik macam yang gambar mula-mula sedang berlari tuh. Ada 4 ekor aku bela dari kecik, sekor mati masa kecik, yang kaler itam jadi pirate, suka sangat kidnap anak ayam..last-last dia kuar merantau. Tapi kadang-kadang dia balik kampung gak. Yang no 3 pelik sikit. mungkin dia ada krisis identiti, selalu anggap diri dia sebagai spiderman. Mungkin pengaruh tv agaknya, pantang jumpa tempat yang boleh panjat semua dia panjat. Yang last sekali. ntah kenapa dia suka bersin, paling manja dengan aku mungkin sebab dia yang paling kecik,paling comel dan paling ngada-ngada. Dia suka tidur atas riba dan suka dibawak jalan-jalan dengan motor waktu petang.





Tapi ada juga manusia yang teringin nak jadi iblis dah tu percaya pulak manusia yang nak jadi iblis ini. Kat tempat aku ada tempat pemujaan nombor ekor. aku pun ikut gak sebab nak tengok.. Macam mana orang percaya tak tahu la sebab bagi aku tahyul semua tu. khurafat.

Hoh aku nak Break kejap..



Dulu masa kecik-kecik macam nih la kot aku bila mak nasihat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi yang peliknya aku ingat lagi apa yang mak aku nasihat. Abis tu apa yang keluar sebenarnya? confused..Aku asa amai yang degil dan nakal waktu kecil dulu. Termasuk dengan aku la...




Kalau aku tak dengar juga memang merah lar kena piat. Actually binatang kita nasihat dia tak tau pun. Tapi manusia lain, dia boleh paham tapi buat-buat tak paham. Bila dah terjadi perkara tidak diingini baru lar oooo patut lar.... baru tahu naper berbuih orang nasihatkan. Saper tahu macam mana asa kena gantung leher? Pernah tak asa macam mana kener lenyek dengan kereta api? Sayangnya orang yang dah alami dah tak idup nak cerita balik. Sakit dia memang nak mampos. Gantung kat penjara mematahkan tengkok serta merta. Tapi kalau sendirian berhad tengkok tak patah. tercekik dengan tali dan masa nak mati memang seksa. Buat salah berat kat Malaysia memang hukuman gantung sampai mati. Jangan ada cita-cita jadi penjenayah.



Muka tak bersalah. Waktu kecik-kecik buat salah pun orang boleh kesian lagi. Menangis dan meraung orang kesian lagi. Kesalahan pun kecik-kecik juga. Tapi bila besar tak tahu lagikan.
Tapi bila dah besar bukan lagi nak mencuri buak-buahan kat kebun JKK lagi..mana ada kelas..mencuri kat 7-11 ker, shooping komplek ker..baru brutal..atau rogol budak tadika..hmm kat tempat aku dulu ada budak sekolah menengah nih rogol budak sekolah rendah..meraung mintak ampun masa kena lanyak. Aku tengok mangsa pun kecil lagi..baru darjah 3..ibu dia mata bengkak menangis. aku tengok sendiri sebab aku antara yang ke balai pada masa tuh. semasa kawan aku ditangkap dalam kes bunuh jer aku tak der..badan mangsa dicincang selepas dibunuh. Marah punya pasal..


Pelik kadang-kadang haiwan pemangsa boleh idup sekali dengan santapan dia. ada juga yang menyusukan pulak macam ibu anjing menyusukan anak kucing. Kucing berkawan dengan burung. Binatang tiada perasaan tetapi ada naluri.




No komen. Aku cuma boleh cakap aku benci dengan artis Malaysia. Aku tak tengok filem Malaysia. Takder feel langsung. Modal yang sama.. kisah cinta..kisah airmata..kisah berebut harta..kisah dengki kat orang..memang la benda tu biasa kat malaysia nak buat pengajaran..muak..tambah pulak artis tu ada masalah..aku malas nak cakap..


Kita lapar, kita masak atau pergi beli kat kedai. Makanan mewah biarpun cuma megi jer ujung bulan..Ada umah biarpun tidur atas tilam nipis takder katil. Sejukan badan walau dengan kipas angin sajer. Tumpang tengok tv atau main game umah kawan sebab umah kita tak der. Tapi lama-lama kumpul duit beli juga. Untungnya lahir kat Malaysia. Biar pun keja kilang.




Macam mana kalau kita di lahirkan dikalangan mereka ini. Semasa di alam roh..tiada roh yang berkulit gelap,putih,sawo matang. Tak tahu pun bangsa apa. Sememangnya roh itu rahsia tuhan. Tapi telah ditetapkan roh itu akan berada di dalam rahim bangsa apa, berkulit warna apa dan di negara mana. Tapi tak ramai yang terfikir macam nih.Aku bila makan megi aku teringat ada lagi orang yang susah dari aku..makan juga lar walau aku teringin nak makan nasi ayam..



Kucing belaan..jin belaan tak termasuk, bila lapar dia tunggu jer waktu makan. Kalau biasa diberi makan pukul 12 tengah hari.. Pukul sebelas dia dah tunggu.. dia mana nak tau tengok jam. Tapi naluri dia tahu bila waktu makan. Okeh aku tanya siapa yang asa kesian tengok muka kucing yang mengharap ini.


Hmmmmm.. tempat aku banyak juga macam nih. Dulu aku pernah marah orang yang minta sedekah kat aku. Siap halau lagi. Dekat medan selera padang tembak, Penang. Kanak-kanak kecil yang mintak, aku tahu semua itu didalangi oleh orang-orang tertentu. Jadi aku tak bagi lar.Ada yang aku tengok, sihat sangat patut boleh kerja.. tapi keja macam nih juga. Tapi kalau orang tengok memang kesian..ada yang bagi..ada yang buat-buat tak nampak. Pendapatn dia orang nih lagi tinggi dari aku.. sapa lagi kesian?





Kucing tak der keja dia akan tido tidur. Lagi pun mana dia nak keja melainkan mengabihkan ikan yang dibeli Dah tuan dia tak nak main dengan dia, perut dah kenyang tido jer keja dia. Tapi gaya dia tidur buat aku jeles. Hmm kucing mudah melatah juga..




Lols.. Kalau manusia nih dia lagi kreatif macam-macam dia boleh buat.





Kucing hidu gam juga ker? Atau dia kebosanan jadi dia pun posing depan kamera macam nih? Blrrrrrr...








Aku pun tak tahu apa yang bestnya. Tapi kat kedah memang aku minum air daun ketum. Layan dowh.. Tapi ada sebab..kami buat keja kampung nak ilangkan lenguh badan nak jimatkan duit beli ubat.Petik la daun ketum rebus untuk minum ilang la lengoh dia. Untuk cacing pun boleh tak payah pergi klinik. Tapi ada yang advance campur dengan ubat nyamuk, ubat gegat, racun tikus, racun rumpai dan tahi lembu. Serius benda nih memang ada. Aku tak minum lar..geli dowhh. Aku buat sendiri yang original, warna dia macam air teh. Daun dia sekarang sekilo RM 40. Tapi sekarang dah tak lenguh-lenguh badan jadi tak minum la.

*****************************************************************

Sebenarnya gambar yang aku post nih banyak maksud tersirat. Malas aku nak hurai satu-satu. Ikut tafsiran sendiri la. Len orang len pemikiran dia. Macam masa sekolah dulu cikgu suh cari maksud tersirat bila diberikan gambar. Bukan apa nak tengok pemikiran kita.