PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





30 June 2011

Skodeng Pelik Benar


Dah lame benor aku tak post gambar ngeri..kali nih meh kita skodeng kemalangan yang dipercayai berlaku di s







29 June 2011

Skodeng Kita dan Orang




Kenalan>Rakan>Sahabat>Teman

Itu level hubungan.Aku kelaskan ikut level..Ini cara aku..

Kenalan.

Cuma amik masa beberapa minit saja..kita dah leh anggap kenalan kita..nama pon kenal..Jarang kita berminat nak amik no phone untuk simpan..

Rakan

Ha nih bersepah-sepah..rakan nih la kita selalu join makan..gi bowling..karok ker..rompak 7 e ker..yang pasti hubungan agak rapat..setakat nak bermalam kat rumah ok jer..tapi kaco adik pompuan mau bersepai gigi..

Sahabat

Ha yang nih susah cari..yang aku tahu ada satu tahap dia sanggup mempetaruhkan nyawa dia sendiri demi sahabat dia..ibarat isi dan kuku..tak semestinya kenalan dari kecik..tampar paha kiri paha kiri sakit..hahaha..sakit demam..muka dia la yang kiter nampak dulu..baper ramai sahabat yang ko orang ada?be honest..

Anyway cari ler kenalan ker..kawan ker sahabat ker..

Teman adalah level untuk Suami atau Isteri..hahaha nih best..kelak dia juga akan jadi teman kita di akhirat..Term and Condition Apply..kuang kuang kuang..



Huuuuuu..hehehe..bini aku p kusus..3 hari..yehaaaa...leh ler aku abiskan masa dengan kenalan rakan taulan..sahabat?ader baru jer plan nak lepak umah dia..
Rumah line clear..

28 June 2011

Skodeng Research..

Aku sedang research mengenai bagaimana nak seksa seseorang..commit crime..actualy a perfect crime..how to kill some one with no trail behind..

How to extract information with victim still alive even screw driver inside his knee..one of his eye in cookies jar..lost all teeth..hehehe should be fun..

Anyway..cuma kajian jer..mesti hang pa pelik kan..nih cuma untuk projek aku..mega tu..don wori..nih cuma theory..no practical..

Weh..dua hari lepas aku sedang boring giler..so aku tengok bos aku dok sempoi ja buat kerja..so aku pergi dari sebalik pintu aku terperanjatkan dia.. perghhh..terkujat..hahaha..anyway pas tu dia kata.. 'pas nih saya nak send nama awak jadi webmaster ok'..shit..kan dah kena sedas..hahaha..

Ari nih aku baik sangat..tak kacau orang..letih..lagi pon pegawai sorang lagi tak der so boring ler tak leh nak kacau dia..layan mobee gn student jer..damn..

Pikir kejer jer tension gak..cuba bergurau gan kawan-kawan..dengan bos lagi afdal..at least kita bukan bodek..tapi pastikan dia tak der stroke atau lemah jantung..kang tak der lak boss korang..kuang kuang kuang..

Pasai pa bos aku panggil sang kelembai ntah ler..

Skodeng Aku Dah Jumpa..

Pernah jumpa syaitan?Atau lazimnya kita panggil hantu..Aku pernah jumpa..


Masa aku darjah tiga..sekitar pukul 12 tengah malam aku sakit perut..memandangkan rumah kampung toilet dia kat luar..10 meter dari rumah.Kejadian malam tuh merubah hidup aku untuk beberapa tahun..

Selesai sajer memerut aku nak pergi cuci la..sebab toilet dengan perigi berasingan..air yang dibawa cukup hanya untuk flush..suasana gelap..maklum la cuma harap lampu dari celah dinding..baru jer nak sampai kat perigi ada sesuatu yang melintas di hadapan aku..Aku nampak jelas sangat badan yang besar dan hitam melayang dihadapan aku dan lenyap menembusi dinding..Ape lagi aku menjerit giler-giler..sambil belari masuk dalam umah..dengan tak cuci..malam tuh aku demam kuat..sejak hari tu sehingga aku tingkatan dua nak memerut jer kena berteman..tak der aku berak dalam plastik jer..seyes nih jadi kat aku..

Aku citer tak seram..tu first aku jumpa..ada lagi..siap tido kat sebelah aku pon ada..ada juga jadi bila aku rasa ada orang kat tepi tingkap..so aku buka la cikit..perghh..nampak sedang melambai-lambai kat luar..giler..malam tuh aku terus pergi tidor dengan bapak aku..Mana aci..nih bukan ada gantung dengan dawai ker ada cacat cinematografi..real tak jejak tanah..mau tak kecut..anyway kampung aku masa tuh memang pelesit bermaharaja lela..ada la orang-orang lama yang membela..tapi orang sekarang dah tak der nak membela lagi dah..so kurang la..

Aku pernah juga dirasuk..tapi sejak ayah aku turunkan sikit ilmu mender tu dah kurang..bermula suatu malam..aku bermimpi ada tujuh lembaga nak terkam aku tapi gagal apabila ada lembaga lain yang menghalang..so salah satu lembaga bertujuh tuh bersuara mereka akan tunggu aku lalai..

Suatu malam yang lain aku bermimpi aku sedang melihat diri aku sedang tidur dalam bilik tidur aku..memang sebijik macam bilik aku..dari tingkap aku nampak ada tangan yang besar sedang mengapai nak cekik aku..tapi belum sempat nak cekik ada sesuatu yang datang dan mengejar lembaga terbabit..aku terkejut jaga..guess what..bila aku tengok tingkap..tingkap tu terbuka..creepy..sebab tingkap tu memang tutup..yer la kalau tak masak la aku dengan nyamuk..

Bila aku ajukan kepada orang yang lebih arif..dia terangkan bila kita mohon perlindungan dari Allah semasa sebelum tidur Allah akan utuskan malaikat untuk menjaga kita..dan syaitan sentiasa mengintai peluang jika kita lalai..

Bacalah surah Al Qursi 3 kali sebelum tidur..atau baca Bismillah 21..Dengan izin Allah selamat tidur kita..

Bila aku dewasa..aku bekerja shift balik 3 pagi ada macam-macam aku jumpa..creepy..so kalau compared gan movie real life much more you can see..

Nak tengok?Aku ada belajar cara nak panggil..bacaan dia dalam bahasa Arab..aku tak pernah cuba..mau terkencing aku nanti hahaha..

Skodeng Karak Da Movie

Udah tengok citer Karak? Kalau reader nak cari filem untuk menghabiskan masa atau sekadar tontonan ringan inilah filem dia..Seram? Ini sudut pandangan aku ler..

Tak seram pon..make up masih nampak kecacatan..luka kat muka Jack macam ditampal..nampak layer makeup lagi..bila aku tengok movie aku suka tengok detail dia..masa adengan hantu memegang dua watak lelaki Nik dan Jack..hantu tu nampak macam kener gantung dengan wire..ada lagi..cuba belek lagi..aku tengok kejap-kejap jer..sebab aku dah boring..

Bila tengok movie..bila ada kecacatan yang boleh hilangkan feel tonton memang asa boring..pernah tengok filem dari Thai..seram giler..cuak giler keluar malam..lupa tajuk..kalau tak leh aku cadangkan tonton..kalau aku dah rasa seram..reader mesti lagi asa seram..aku tak nak tengok filem tu lagi dah..

Waktu nak tidur terbayang wanita hodoh nak terkam aku..sekilas saja..beberapa kali tapi dalam rupa yang lain..dan aku sure bukan dari watak movie Thai..maybe perasaan aku..aku bukan jenis yang mudah dimomokan dengan filem seram..tapi kalau aku asa macam tuh filem tuh kira hebat la leh tinggalkan image seram dalam otak aku..

Lagi pon kat umah aku sekarang nih dah berapa kali dah aku ternampak bayangan melintas keluar dari dalam toilet..first aku tengok kucing..second dan seterusnya bayangan orang..

Bini aku pon mengadu semasa dia memasak dia rasa macam ada sesuatu di belakang dia..creepy..

24 June 2011

Skodeng Marah Ker?


Hahaha..bila jiran dah mula nyampah..tapi at least depa masih guna diplomasi..bayangkan speaker system dia berbunyi dalam perut..

Skodeng Lega..




Aku mempunyai seorang saudara..pompuan..cute giler..lemah lembut..naive..aku biasa mandikan dia masa dia masih kecil..itu pon pas aku kener kejar dia dulu..budak2 4 tahun..macam-macam kenah..Semenjak kecil aku tahu dia akan jadi seorang yang cute giler dengan ciri-ciri kekampungan..Aku namakan jer dia S..S panggil aku dengan gelaran Pak Anjang
So lima tahun lepas bila aku berjumpa semula dengan S..memang cute sangat..lemah lembut..sangat-sangat pemalu..dengan aku ler dengan orang lain tak tau ler..bulan april aku terjumpa dengan S di kinik ibu dan anak..sowang-sowang gendong anak..damn she cute..masa tu S ada masalah umah tangga..suami dia bertidak ganas macam-macam dia wat..sampai anak first meninggal dalam kandungan..biasa ditolak ke dalam laut dan dihantar ke hospital oleh orang ramai..biasa kene halau dari rumah..bayangkan dia sebatang kara semasa dia kene halau semasa suami dia bertugas di sabah..bayangkan satu sen pun tak der dia nak makan..aku tak dapat nak berbual panjang dengan S kerana dah nak balik..lagi pon bini aku dah macam cacing kepanasan..tergugat kot..hahaha
Puncanya ibu mertuanya tak suka pada S kerana bukan pilihannya..Ibu mertua menghasut anak lelakinya agar membenci S..malah meggunakan ilmu hitam untuk mempengaruhi anaknya dan mengunakan ilmu hitam untuk menganiaya S
Pada bulan Mei lepas ketika aku melawat ibu dan bapa aku..S datang ke rumah bersama dengan bapanya..dia asyik menjeling aku jer...macam ada sesuatu dia nak cakap..Aku pon jeling dia gak..makin manis lak S..orang macam S akan membuatkan lelaki menjeling berkali-kali..sesaper tengok S memang akan rasa sejuk jer hati..kemudian S dan bapanya pulang.
Dua hari lepas bila aku melawat ibu dan bapa aku baru aku tahu citer sepenuhnya..permohonan fasakh dah selesai..Rupanya pada bulan Mei mereka datang untuk meminta bantuan bapa aku untuk campur tangan..tak nak ler aku citer..hohoho..
So memadai la aku katakan apabila suaminya apabila lafazkan talak hanya dengan mampu menulis jer..bapa aku dah tahu cerita lebih awal..tapi dia enggan campur tangan selagi tidak diminta..Asben S bertuah sebab masih bernyawa lagi..



19 June 2011

Skodeng Bila Ar?

Bila ar KRU Production nak kuar mobee cam nih..tak sabor deh..



By da way nih clip pasal Halo ODST..Orbital Drop Shock Troopers second most elite after Spartan Unit..da most advance concept for delivering troop directly into battlefield..but can be countered by EMP battery or Triple A..



Elite troop tapi jadi lauk dengan brute (ala yang badan besar gedabak tu.)well good guy not always win.i like the concept..









Cool...



The instructor are REAL!!From Hungarian Spec Force..



Skodeng Malay Mobee

First ranking citer hantu..tak kira la orang mati jadi hantu nak balas dendam..zombie makan belacan..ntah apa-apa lagi..Aku tertarik pada ayat..'cerita ini merupakan rekaan semata-mata tiada kena mengena antara hidup dan mati dan memberi pengajaran..ok..but ye ker memberi pengajaran? Atau sebab marketing dalam theme hantu memberi pulangan lumayan..

Bagi aku..bila tengok citer filem hantu Malaysia macam tengok citer comedy..seyes masa aku tengok gan bini aku,aku siap ketawa..at last dia suruh aku keluar..potong stim dia kata..mana tak ketawa adengan seram failed sebab makeup failed..dulu aku layan fredi kruger sampai terkencing..takut wooo..masa tuh aku baru sekolah rendah..









Ranking kedua citer aksi...tak kira lar racing layan kona baring sempai cecah telinga..lutut tak main ar..Polis ka..gangstar ka..Untuk pengajaran? Aku tak rasa cam tuh..sebab semuanya untuk profit..KL Gangster pon aku tak tengok lagi..aku phobia dengan arahan Yusof Haslan..Gara-gara gerak khas.Sebab dia.. pelakon dia statik..and then bila berlaku tembak menembak kalau kener keter..tak lut ngalahkan keter kebal..tak feel langsung..cam men paint ball..Cuba compared dengan NCIS..fuhhhhh..So tengok preview KL Gangster macam masyuk..Dah mula guna two hand weapon..stylo!!tapi aku tetap phobia..harap bini aku tak ajak tengok ler..By da way compared dengan filem Recoil 1998 (B Rate)..







Fuhhhh..theme yang aku nyampah sekali..I lap u--u lap me..pergh seksa..satu-satunya filem cinta yang aku minat adalah Kuch Kuch...(ntah tajuk aku lupa) Hindustan nih..mungkin sebab BGM dengan theme song kot..





Aku dihidangkan dengan cerita aksi sejak 4 tahun..seingat aku pernah aku tengok filem Arab lawan pedang pas dia tikam musuh dia acu lak pedang..so aku ingat dia nak tikam aku..so melalak ler aku..ingat real..pergh..tingin nak asa lagi cam mana takutnya..


Filem Malaysia sekarang sedang mengalami revolusi..tak banyak..2 filem jer aku tau..KL Gangster..ada perubahan cinematography..tapi aku tak yakin..so aku tak nak buang RM10 semata-mata nak tengok tembak keter tak lut..tak der letup-letup..ala tak kan 7 E sebiji tak leh nak tunjuk meletup,kemut tol la..tak pon orang tengah makan kat kedai mamak kener lenyek sebab keter terbabas..ok kalau tu susah sangat..aku nak tengok keter kemek bila ada adengan kejar mengejar..tercabut bumper pon jadi la..aksi la jugak..sayang sangat dengan keter sewa..kata kutipan nak juta-juta..tak kan bumper tercabut pon nak kemut..


But most i respect is KRU Production..Hikayat Merong Mahawangsa


Bila aku tengok..seyes aku ingat aku salah masuk panggung..aik.. bila masa Hollywood kuar Hikayat Merong nih?CGI leh diperbaiki lagi..tapi memang melampau best..the only mobee aku tak rasa segan nak bayar walau tiket dia RM 100..BGM ok..pelakon?oh my..first aku tengok tak statik..tak nampak depa ikut skrip..betol2 hidup..Aku nak tengok lagi..hahaha..


14 June 2011

Skodeng Pompuan Suka..



Pompuan suka.. suka sangat..kener tipu..kener paham betol-betol..


Girlz:B..ai cantaik tak?

Boyz:Uih cantik..cantik sangat..


Pompuan pon kembang abis..balik sampai mengigau..senyum sampai seminggu..


Tapi apa kata kalau boyz tuh cuma nak amik ati jer.. asalkan girlz tak tahu eberithing will goes on..if not.. please used your reserved girl as a escape plan..hahaha..jahat tol aku nih..


In reality.. ada mender dalam donia nih tak leh nak terus teng demi jaga hubungan..sayang dia? just suck it up..simpan jer dalam ati..pompuan dia cepat sangat teruja walau mender tu remeh bagi kita..


The truth is i'm in big trouble now..night before i remember our anniversary later the next day

i totaly forgot..*sigh* just wish me good luck..


Skodeng Tau ker Tak Tau





Sumtime we will amaze wat we can do..but more amazingly us is people ask you to do the thing you not good at..oh crap..website..


I'm in a deep shit..


Skodeng Tepuk-Tepuk



Hahaha tepuk-tepuk..jap lagi masak ler.. Masa aku merempit dulu tak pernah aku wele..tau race jek..penah menang skali..masa tu bangga giler..kawan puji..moto ko power ler.. eh dak aih standet jer..

Kalau diimbaskan balik..aku rasa tak patut bangga..bangga dengan kebodohan sendiri?hahaha yer la tu..anyway jangan merempit..tak baik untuk keselamatan orang lain..diri sendiri? mesti pakai prinsip berani wat berani tanggung ar..

Skodeng BODO ke Kita?




Orang Kedah biasa sangat sound tepek..(terus terang) direk tu de poin. So ada yang tak leh terima..masa aku mula-mula posting kat Shah Alam ada rakan sepejabat mengatakan aku kurang ajar..kerek giler..


Tapi pas tuh ok jer..depa pon lama-lama paham orang Kedah..Jangan terkejut kalau terdengar ayat..'woiii!!hang nak mampuih ka? aku tikam kang naya ja.'kadang-kadang tu menunjukan kemesraan bergurau antara kawan-kawan..tapi pandai-pandai ler baca situasi..sebab ayat yang sama ayat sebelum kena tikam..hahaha..


Anyway post kali nih berkenaan perbualan aku dengan sahabat baik aku..tengah dok repair pc dia terkeluar terkeluar pertanyaan siapa yang bodo..Aku pon jawab orang yang bodo adalah orang yang belajar..hahaha tanya orang mengong macam aku.jawapan dia pon mengong gak la..tapi tu realiti..Kalau dia cerdik dia tak yah belajar..


Even yang masuk U pon dia nak belajar jadi cerdik..Sijil Dip Phd or wat eber bila dia dapat itu pengiktirafan bahawa dia berpengetahuan dalam bidang dia..berilmu la tu..tapi zaman sekarang niat nak dapat kertas sekeping tu semata-mata nak kerja..Ada Phd Kedoktoran tapi bila guna komputer failed..Kan komputer lingkup dah..aku gak kener repair..kuang kuang kuang..cuba aku lak jadi doktor..mau muka jadi tibi hitam putih tengok darah..pa per pon mutual understanding penting.. hang tolong aku..aku tolong hang..kita tak leh nak expertise dalam semua bidang..


Ayat bodo tu kasaq sangat..patut kata kita masih belum bijak pandai..


Skodeng Saper GANAS?



This is not SOLUTION!!



Kerap sangat dok dengar keganasan rumahtangga..asben smackdown bini..bini smackdown asben..kadang-kadang dengar lak laki bini tag team smackdown anak sendiri..ada jugak anak smackdown ibubapa..huih...


Itu belum masuk bapak toron anak kandung sendiri..abang toron adik..ada gak yang wat acara regu bapak dengan abang toron adik bergilir-gilir..yang report kita tahu ler..yang tak report mana kiter nak tahu.


Aku ada berbual dengan seorang kenalan..dia tengah baca Metro pasal keganasan rumahtangga..dia geleng pala..lantas dia komen naper sekarang banyak sangat kes macam nih..so aku pon cakap kiter banyak sangat makan babi..even dia pon termasuk aku sekali..


Cuak jugak aku kot-kot dia pon ilang ingatan tiba-tiba dia draw handgun dier..pergh..tapi dak..sib bek.. dia tanya aku sebab apa aku kata cam tuh..dalam masyarakat Melayu babi nih sensitive..


Seharian kita makan produk campuran dengan sumber babi secara tidak sedar..sumber babi digunakan secara meluas dalam produk pemakanan dan barangan pengguna..hatta mug atau pinggan sekalipun..ada di antara pinggan atau produk seramik mencampurkan serbuk tulang babi untuk menguatkan produk..hehehe aku dah kener..kat bawah bontot mug dia tulis pork Made in China..aku dah guna berbulan-bulan..tulisan dia halus sangat.. aku dah buang dah..


Lemak babi digunakan dalam wangian untuk mengekalkan bau minyak wangi terbabit..


Juga digunakan sebagai penambah perasa makanan..


Marketing di Malaysia sangat meluas untuk orang beragama Islam..


Dimaafkan jika kita tak tahu..tetapi ia tetap menjadi darah daging kita..tapi kalau tahu mau mengamuk pengguna..


Mudah-mudahan dijauhi dari makan makanan yang tidak halal walau pun secara halus..



Peace.


13 June 2011

Skodeng We Never Understood..


Kekadang kiter leh jadi bengong jap..bila tengok kerenah kekawan..pas kiter jadi bengog kiter jadi berbulu jek..Bila kawan kiter wat salah dia wat derk jer..tapi kalau kiter lak wat salah..macam burung murai lak..siap main kempen anti kiter kat belakang..bertolak ansur ler cikit..nih bukan nak tujukan kepada sesaper..ada orang ngadu kat aku perihal kekawan dia..fuhhhh...

12 June 2011

Skodeng Mos Impoten

Sume orang ada mende yang penting dalam hidup dia..peminta sedekah pun ada valuable thing dalam hidup dia..

Rakan sekerja aku bertanya tadi..'eh ko cuti eh..naper ko datang..'memang aku bercuti tapi aku risaukan unit aku..unit aku equal kerja aku equal my life, persamaan yang mudah.

Sorang lagi budak praktikal bertanya kenapa nampak lesu?Yer la on da way nak balik kampung aku col opis..sorang dari unit aku mc..so aku patah balik untuk cover kejap..Aku bukan seorang perfek pasal kerja..tapi aku berpegang pada prinsip no work no money..

Bila seseorang malas mengenai kerja selidik dulu kaji secara mendalam..jika dia secara serius memikirkan pasal kerja..apabila dia gagal melaksanakan tugasan yang diberi dia mendapat critical blow..so jadi ler moody..tak bersemangat..kener lak ada opis mate gedik lebih dia bagi finishing move..COMBO!! hahaha terus K.O..so bos-bos gan opis mate kener la bagi sokongan moral..

Prinsip aku..AKU,KERJA DAN ISTERI..(kot-kot ada pompuan simpanan ok gak)hahaha..hei eberibody has a dark side k..