PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





31 July 2011

Skodeng Trigger 1



Woah dah lama aku tak update..Meh kali nih aku nak merepek pasal TRIGGER. Nak senang paham melayunya kita sebut pencetus.


Weh ramai yang tak tahu atau tak perasan dalam hidup manusia ada mechanism trigger.Aku nak story pasal memory triggering.


Memory triggering adalah proses otak mengaitkan masa present day dengan masa lampau.Segala maklumat kenangan atau pengalaman manusia tersimpan dalam sel otak..dan tiada istilah overwrite..so tak payah gatai nak risau maklumat dalam otak ter overwrite..Tapi jangan suka sangat..sebab kerosakan sel otak boleh menyebabkan cyclic redundancy check..senangnya hilang ingatan..ok..kita skip yang nih..


Triggering boleh berlaku dari lima trigger point.


Mata

Telinga

Hidung

Lidah

Kulit


Sebagai contoh jika aku mendengar lagu Biru Mata Hitam Ku secara otomatik aku teringat van kilang..sebab lagu tuh lar drebar suka pasang masa antar kami balik tetengah malam.Suka duka masa kerja kilang..


Kalau aku tengok playwood terlintas kat otak aku macam mana lembaga duduk mencangkung atas playwood tak melentur..sedangkan kucing berjalan pun dah melentur.


Kalau aku terbau minyak wangi Far Away teringat chenta lama.


So ushar2 la apa yang dapat triggering memory lama..That feeling kita tak dapat tukar dengan wang ringgit..kita cuma boleh recreate dalam otak jer..


Kot2 la boleh imbas balik zaman buas anda..hahaha..zaman sopan giler..


2 comments:

  1. bau perfume sape ntah dlm lrt, otomatik t'ingat kat bos lama...

    ReplyDelete
  2. cik marikh:otak kita ada cara unik utk mengigatkan memori lama meskipun kita dah lupa..jush a litle push it all came back.

    ReplyDelete