PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





28 June 2011

Skodeng Aku Dah Jumpa..

Pernah jumpa syaitan?Atau lazimnya kita panggil hantu..Aku pernah jumpa..


Masa aku darjah tiga..sekitar pukul 12 tengah malam aku sakit perut..memandangkan rumah kampung toilet dia kat luar..10 meter dari rumah.Kejadian malam tuh merubah hidup aku untuk beberapa tahun..

Selesai sajer memerut aku nak pergi cuci la..sebab toilet dengan perigi berasingan..air yang dibawa cukup hanya untuk flush..suasana gelap..maklum la cuma harap lampu dari celah dinding..baru jer nak sampai kat perigi ada sesuatu yang melintas di hadapan aku..Aku nampak jelas sangat badan yang besar dan hitam melayang dihadapan aku dan lenyap menembusi dinding..Ape lagi aku menjerit giler-giler..sambil belari masuk dalam umah..dengan tak cuci..malam tuh aku demam kuat..sejak hari tu sehingga aku tingkatan dua nak memerut jer kena berteman..tak der aku berak dalam plastik jer..seyes nih jadi kat aku..

Aku citer tak seram..tu first aku jumpa..ada lagi..siap tido kat sebelah aku pon ada..ada juga jadi bila aku rasa ada orang kat tepi tingkap..so aku buka la cikit..perghh..nampak sedang melambai-lambai kat luar..giler..malam tuh aku terus pergi tidor dengan bapak aku..Mana aci..nih bukan ada gantung dengan dawai ker ada cacat cinematografi..real tak jejak tanah..mau tak kecut..anyway kampung aku masa tuh memang pelesit bermaharaja lela..ada la orang-orang lama yang membela..tapi orang sekarang dah tak der nak membela lagi dah..so kurang la..

Aku pernah juga dirasuk..tapi sejak ayah aku turunkan sikit ilmu mender tu dah kurang..bermula suatu malam..aku bermimpi ada tujuh lembaga nak terkam aku tapi gagal apabila ada lembaga lain yang menghalang..so salah satu lembaga bertujuh tuh bersuara mereka akan tunggu aku lalai..

Suatu malam yang lain aku bermimpi aku sedang melihat diri aku sedang tidur dalam bilik tidur aku..memang sebijik macam bilik aku..dari tingkap aku nampak ada tangan yang besar sedang mengapai nak cekik aku..tapi belum sempat nak cekik ada sesuatu yang datang dan mengejar lembaga terbabit..aku terkejut jaga..guess what..bila aku tengok tingkap..tingkap tu terbuka..creepy..sebab tingkap tu memang tutup..yer la kalau tak masak la aku dengan nyamuk..

Bila aku ajukan kepada orang yang lebih arif..dia terangkan bila kita mohon perlindungan dari Allah semasa sebelum tidur Allah akan utuskan malaikat untuk menjaga kita..dan syaitan sentiasa mengintai peluang jika kita lalai..

Bacalah surah Al Qursi 3 kali sebelum tidur..atau baca Bismillah 21..Dengan izin Allah selamat tidur kita..

Bila aku dewasa..aku bekerja shift balik 3 pagi ada macam-macam aku jumpa..creepy..so kalau compared gan movie real life much more you can see..

Nak tengok?Aku ada belajar cara nak panggil..bacaan dia dalam bahasa Arab..aku tak pernah cuba..mau terkencing aku nanti hahaha..

No comments:

Post a Comment