PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





04 February 2011

Skodeng PK Dulu

Aku tak suka politik..serius aku tak suka..benda salah jadi betul..benda betul jadi salah..wat da hek..Isu mengeluarkan student Malaysia dari Mesir nak dipolitikkan..pergh..semua pun tahu Mesir dalam keadaan huru hara..harga barang naik mendadak..jenayah meningkat..tahap keselamatan yang rendah giler..ramai family yang ada anak kat Mesir kelam kabut..

Dipendekan cerita pemindahan pelajar Malaysia dari suatu negara yang bergolak adalah satu perkara yang sukar dan aku percaya pegawai diplomat Malaysia pening pala..bukan boleh selesai dalam masa seminggu..

Usaha pertama adalah mendaftar bilangan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir..sukar apabila ada masalah komunikasi dan keselamatan. Yer lar tak kan gedik nak keluar kalau huru hara kat jalan.

Usaha kedua mendapatkan kebenaran penggunaan ruang udara untuk pemindahan pelajar..Ruang udara Mesir tak dapat digunakan..airport full..Option dia negara jiran seperti Arab Saudi. Biasanya pesawat tentera akan digunakan. Kalau nak keluarkan 11 ribu berapa trip yang perlu diambil.

Usaha ketiga pengangkutan pelajar dari Mesir ke Arab Saudi.Problemnya pengangkutan menjadi masalah besar semasa huru hara..itu belum termasuk logistik lain..pikir macam nih..kalau aku jadi pemilik kenderaan spt bas aku akan cakap 'nak bas? bagi satu juta..no money no bus. rakyat Malaysia? Peduli apa..masa nih lar nak kaut untung..kekacauaan? Pas nih reda lar'.. biasa lar masa nih orang akan pikir perut sendiri..kalau tak masakan harga barangan melambung tinggi..

Aku amik yang asas ja..detail malas aku nak explain..tapi pendek kata bukan boleh selesai dalam masa seminggu..Kalau ada pihak pertikaikan kenapa lambat bertindak..hantar jer mereka pergi uruskan pemindahan tuh..cakap senang mak cik cleaner pun boleh cakap..cuba buat..kalau aku..aku serender..perit..tapi kalau tugas aku terpaksa la..

No comments:

Post a Comment