PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





13 January 2011

Skodeng Ketika Demam.

Okeh meh kita skodeng tiga perkara yang berlaku semasa kita demam kuat..simpton nih boleh juga berlaku jika ada penyakit lain seperti cirit birit.

1. Hilang Selera Makan

Sel badan kita boleh bekerja cemerlang gemilang dan terbilang jika berada pada suhu normal.Malah enzim rasa berfungsi dengan baik pada suhu 25-37 darjah celcius.Ketika suhu tinggi sewaktu demam deria rasa hilang keupayaan akibat kekurangan enzim pada lidah dan gagal menghantar respone kepada otak..so ni kira lost contact la nih.Bila otak gagal register maklum balas dari lidah dan sekutunya maka otak pun kata WTF!!So keinginan untuk makan berkurangan..

2.Muntah

Muntah adalah salah satu tindakan protective badan dalam sesuatu situasi. Di kawal oleh Medulla Oblogata (sila google) bahagian otak yang mengawal dengupan jantung,kerlipan mata dan fungsi badan yang fully auto(dengupan jantung) atau semi auto (pernafasan atau kerlipan mata).Contoh keadaan yang melibatkan muntah mabuk laut, dadah, cirit birit demam kuat dan lain lain.Tiada cara untuk menyembuhkan muntah sebab dia kan berlaku berulang kembali. Kita cuma ada ubat untuk depress sel saraf agar berhenti menghantar isyarat kecemasan ke otak. Tetapi ubat terbabit bukan menghentikan isyarat terbabit.sebaliknya megurangkan keberkesanan saraf menghantar isyarat..So otak pun register siaran tergendala.

3.Badan Lemah

Semasa kita demam sel dalam badan kita berada dalam keadaan safe mode.Pengeluaran enzim berkurangan secara mendadak dan sel tubuh berfungsi pada tahap minima. Ini disebabkan semua main resource digunakan untuk menentang jangkitan kuman.Semasa darurat Sistem Pertahanan Badan mengambil alih dengan Cytokine (jaringan saraf) bergiat aktif untuk memperlahankan aktiviti fizikal termasuk supresskan otot,aktif kan sleep mode dan hilangkan selera makan (Safe mode)..sebab more food meaning more work for body..come on this is darurat!! Divert all Energy to Immune System untuk melawan jangkitan..kehilangan tenaga ini tidak boleh dikawal kerana Sistem Pertahanan Badan telah membuat rampasan kuasa..Yup.. better let them handle or You Died!!


P/S Macam nih la nota yang aku tulis dalam Makmal dulu..Aku ingat Cytokine sebab dia sama bunyi dengan Stokin hahaha. Sekarang dah paham ker kenapa kita muntah,hilang selera makan dan selalu nak tidur semasa demam?

No comments:

Post a Comment