PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





12 January 2011

Skodeng Demam

Aku baru jer kebah demam..setakat demam selsema kacang putih jer..siap kunyah-kunyah lagi..tapi masalahnya demam kuat nih memang tak tahan..Lain dari demam selsema. Hilang selera makan secara mengejut..Langsung tak rasa apa walau makanan tu peberet kita.Rasa lemah badan dan selalu nak berehat dan tidur.Rasa gelisah..pernafasan meningkat..badan rasa panas bila di sentuh.Fikiran pun kacau bilau..

Suhu badan aku mencecah 39 darjah celcius.. Roti Gardenia enam posen tuh boleh tiga kali makan..boleh tahan tiga hari..sepanjang tiga hari nih aku lum lagi menjamah nasi kecuali sebiji roti tu..

Problemnya aku duduk berseorangan di Shah Alam..wife dan family aku di kedah..so sakit sorang2 lar..aku tak gitau kat family aku sebab nanti depa bimbang lak..Cuma lagi dua bulan jer lagi..lepas tuh aku berpindah ke Kedah..

Updated:

Tadi aku teringin nak makan laksa..kena semangkuk aku terus balik..on da way aku terus bantai muntah..apa yang aku makan terus keluar balik..wat a waste..pas tu baru aku teringat bila baru lega demam tak boleh terus makan makanan pejal sebab perut akan reject balik..kalau perut boleh berkata-kata mesti dia bantai aku balik.."woi mangkuk baru lepas demam teruih nak melantak.agak-agak la bagi perut warming up dulu!!"

Dan aku bernasib baik perut tak boleh berkata-kata..kalau tak misteri jadinya..

No comments:

Post a Comment