PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





29 January 2011

Skodeng barang Low Class

Meh kita skodeng barang low kelas..barang yang low kelas bermaksud barang yang tidak berkualiti. Bukan bermaksud barang terbabit murah atau ciplak. Ada barang yang ori tapi dijual murah untuk penghabisan stok..biasanya berlaku semasa produk baru nak diperkenalkan maka stok lama nak dihabiskan.Atau sebagai promotion..

Barang yang berkualiti rendah nih sangat2 murah gila babas berbanding yang ori..tapi yang menjadi masalah adalah kualitti dia..jika menglibatkan pakaian sahaja ok jer..rembat jer..tapi berhati-hati dan sebolehnya elakan jika menglibatkan barangan pengguna seperti barangan elektrik dan makanan.Bisnes man skang nih lebih pentingkan keuntungan..

Seyes semalam berlaku sesuatu yang nyaris kaki aku bersepai semasa aku tengah syok layan need 4 speeed HP. Tiba2 ada satu letupan kat kaki aku..berdesing telinga aku..siap ada kilatan cahaya mcm flashbang..PC aku blackout..melompat aku sambar fire extiguisher..lepas tuh aku bau hangit..aku dah stanby cabut pin..

wat da hek!!mana api dia..aku pegi switch off main power..pas tuh baru aku perasan cager hs aku dah bersepai..So semalam aku abiskan masa buat diagnostik pc aku kot2 short circuit..nasib bek ok..alu bersyukur semasa letupan cager terbabit aku letak disebalik meja pc..so serpihan cager kener meja jer lar..kalau tak kaki aku mau parah tu..

Masa aku beli cager tu aku minx cager n95 jer so aku tak perasan dia bagi yang biasa jer..aku pun tak tengok baki duit 50..so aku ingat yang ori lar.. sampai umah baru tau..tapi disebabkan bateri aku dah weak gila aku pakai dulu ar..tak sampai lima minit kaboom..terus tkar ori..

Tak kisah lar barang tuh dari China ker..ada yang berkualiti..contohnya henset jenama Nokia..disebabkan guna tenaga di China murah dan ramai maka Nokia berminat untuk melabur kat sana dan mengeluarkan henset di China..Melainkan henset tu ciplak dari Nokia jadi Nekea ka..hang pa pun taukan..begitu juga barangan lain..

Juga ada syarikat walaupun mengeluarkan barangan ori tetapi aku meragui kualiti dia..jika syarikat terbabit sebelum ini berpengalaman mengeluarkan barangan seperti mesin basuh dan peti ais tiba-tiba dia nak keluarkan laptop..maka kureng lar..beri dia masa untuk menapak lebih jauh baru beli..at least review dulu sebelum beli..

No comments:

Post a Comment