PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





26 December 2010

Skodeng Wat da Hek?

Aku kerap mengunakan bas untuk balik kampung..lebih jimat berbanding menggunakan kereta atau kapal terbang..Aku dah naik pelbagai jenis bas..double deck,single deck,yang ada cctv dan bas yang ada seat belt..dan serius shit bas dipandu laju..trailer pun tak dapat lawan..

Ada sebuah bas yang aku dah lupa nama dia.. menariknya kerusinya sangat selesa dan yang penting ada SEAT BELT!! Duduk jer aku asa secure giler.. Dalam otak aku terbayangkan kalau bas berguling-guling pun peluang aku untuk hidup masih lagi tinggi..compared yang tiada seat belt..pernah tengok keadaan dalam bas semasa impak?(bukan selepas kemalangan) Sesetengah bas dilengkapi dengan cctv..dalam rakaman yang aku lihat penumpang tercampak dari seat..memang macam dadu digoncang..risiko untuk tercampak keluar memang tinggi..lepas tuh kalau kener lenyek dengan body bas memang jadi lempeng.



Nih seatbelt yang paling aku suka...most secure..harness around your hip and both shoulder..cool..




Bila ada kemalangan atau emel yang aku dapat..aku suka nak tengok kecederaan mangsa..kenderaan yang digunakan..tahap kerosakan..peralatan keselamatan yang diigunakan
dan macam-macam lagi.. sebab dia aku nak amik pengajaran dan sebagai ingatan kepada diri aku..Aku ada beberapa siri video..hampir 3 jam..bila aku dah cut aku akan upload..harap reader dapat melihat maksud yang tersirat..bukan menonton sebagai hiburan..
Aku juga berharap syarikat bas ekspress akan memasang kemudahan seatbelt..bukan sebagai jaminan keselamatan..tetapi meningkatkan peluang survival mangsa..better than close to zero..Aku juga berharap kerajaan mewajibkan pemasangan seatbelt bagi bas ekspress seperti mana menghidupkan lampu motorsikal disiang hari..

No comments:

Post a Comment