PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





12 December 2010

Skodeng Tak Abih Lagi...

KOSMO 13.12.2010

KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000...

Aku tak tahu sampai bila la benda nih nak selesai..ada ja orang kena tipu..simplenya jualan langsung dengan MLM dan pelaburan downline benda yang sama ja.Contohnya kita laburkan 1000 pada syarikat dalam masa yang sama kita cari downline tiga orang.Mereka juga labur 1000 jugak.Syarikat akan memberikan 40% kepada kita dari jumlah pelaburan mereka kepada kita..keadaan berterusan seperti system pyramid.

Tak kisah la apa yang depa klentong tapi konsep dia tetap sama. Mungkin dikurangkan atau ditambahkan konsep agar newbie tertarik..Penjualan barang samaada nak kaburi pihak berkuasa atau sebagai cara mengaut keuntungan melalui pelaburan jugak. Contoh aku amik pakej A dengan jumlah RM 1000..dalam masa yang sama aku dapat makanan kesihatan Tonik Cap Cipan sebanyak 5 botol. Aku kena jual tonik tuh pada pelanggan lain dalam masa yang sama mencari pelanggan untuk melabur dalam mana-mana Pakej. Tetap MLM jugak walau jual barang. Barang cuma nak kaburkan mata kita ja..sure ker barang tuh asli dan kos dia actually cheap giler.. Tengok gelang AC dah ler..

Jangan percaya godaan agen-agen mereka..Setakat nak tunjuk penyata bank..gambar bergaya dengan BMW..tu semuanya umpan..kata-kata..'sampai bila nak makan gaji'..'tengok aku buat loan 100000 dalam masa 3 bulan aku boleh buat full settlement'..'bila lagi nak tolong diri sendiri' mcm2 lagi la ayat mengoda mereka..hm layak jadi nyah kata-kata godaan..

Realiti juga kalau rajin cari donline memang boleh buat duit..tapi ada risiko..berapa ramai yang termakan pujukan..peluang market semakin rendah jika ada hebahan media penipuan mlm..atau agen terlalu ramai dalam satu komuniti..

Apa pun say NO MLM..

p/s Aku tak percaya pada Gelang AC..Pemakaian gelang untuk perubatan sememangnya dilarang oleh Nabi Muhammad sendiri..

No comments:

Post a Comment