PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





07 November 2010

Skodeng Aku Balik Kampung.

Ketika aku pulang dengan bas ekspress..hanya mengambil masa 5 jam dari shah alam sehingga sungai petani. Dengan dua kali berhenti Ipoh dan Butterworth untuk mengambil penumpang.Menariknya Aku balik pada malan Depavali.Dengan deretan kenderaan atas highway,lebih kurang setengah jam di setiap perhentian bas ekspress Ipoh dan Butterworth.Bermakna perjalanan aku mengambil masa 4 jam.

Satu-satunya bas yang aku nampak memotong kenderaan lain termasuk bas dan kenderaan berat lain adalah bas yang aku naiki,memang laju..aku tak dapat melelapkan mata. Dua kali bas terpaksa membuat brek mengejut.

Bila aku balik aku tak rasa pun kedah banjir besar..tempat aku Sungai Petani,Gurun, Kota Sarang Semut dan Simpang Empat tiada masalah banjir.Jika dakwaan pembinaan Jalan keretapi Berkembar menyebabkan banjir..aku pelik lar..aku dah tengok kawasan terbabit..tiada langsung kaitan..malah kg jiran aku yang mudah naik air sebab hujan pun tak banjir..Disebabkan hal ini berkaitan dengan politik aku tak nak cakap banyak..

Semalam aku beli makanan laut..hmm ikan kembung baru RM 3.. Udang baru Rm 5 Sangat murah..jangan terkejut..bihun sup semangkuk 50 posen ader lagi tau..tapi berhati-hati jika makan di restoren dikawasan peranginan di kedah. Aku makan mee udang dan charkoteow serta ABC dua gelas air kosong sudah mencecah RM 20..aku tak pasti samaada dia kira setiap urat mee..agaknya seurat mee 10 sen..tiada tanda harga..

Pc aku dah ok dah..tapi aku balik kampung..Bila aku sudah balik ke Shah Alam baru aku update lagi..

No comments:

Post a Comment