PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





26 October 2010

Skodeng SHORTCUT VIRUS

Seperti yang aku janjikan..aku akan berikan cara untuk dapatkan data dari pendrive yang telah digantikan dengan shortcut.cth file akaun.doc telah digantikan dengan akaun.lnk. Jika cuba membuka akaun.lnk kita kan mendapat mesej 'tidak dapat mencari file'. Sebenarnya akaun.doc masih ada di dalam pendrive terbabit cuma telah disembunyikan sahaja.



Sebelum itu matikan system restore computer terlebih dahulu..kerana window telah membuat backup virus di dalam system restore caranya di sini. Bagi Vista dan Win 7 Klik kanan My Computer>Properties>System Protection>Configures>Turn off System Protection>Klik Apply>Klik OK.

Download Removal Tool disini Install dan scan PC ikut arahan yang terpapar. Download USB drive Vaccine di sini Install dan Vaksinkan komputer dan pendrive. Sebenarnya yang di atas nih boleh skip..tapi nanti kalau masukan pendrive benda yang sama akan berulang..kalau cuma hendakan data sahaja skip ke bawah.

Cara nak mendapat balik adalah dengan mengunakan command. Ikut step di bawah..





1.Tekan 'Win Key'+R serentak.(Win Key yang ada logo window biasa terletak antara key CTRL dan ALT).





2.Satu tetingkap RUN akan muncul dan taipkan cmd dan tekan enter.





3.Anda akan mendapat tetingkap command.











4. Taipkan attrib -h -r -s /s /d x:\*.* dan tekan enter. Sebelum itu gantikan huruf x dengan huruf pendrive.

5. Tutup command. Buka Pendrive..file akaun.doc telah muncul kembali..tetapi akaun.lnk masih ada..Jika arahan diatas ditaip sepatutnya akaun.lnk, autorun.inf,RECYCLER folder dan file virus boleh dipadam

6.Pindahkan file yang diperlukan oleh anda akaun.doc ke tempat lain.

Proses ini sebenarnya adalah untuk unlock file yang disembunyikan tadi. Agar kita boleh save ke tempat lain.

Virus shortcut tak membahayakan tetapi boleh menyebabkan kita menyumpah seranah..Tidak melibatkan kehilangan data tetapi masih dapat berjangkit kepada komputer yang lain..

Pastikan antivirus anda adalah version yang terkini.Di dalam PC anda terdapat 3 perkara penting..

1.Antivirus
2Spyware/Adware Scanner
3.Panda Vaccine.

Panda vaccine mematikan autoplay bagi window..so kalau cucuk pendrive pun tak secara automatik kena virus..scan dulu sebelum buka pendrive..

Aku bagitau cara yang senang jer..kalau nak ubah registry key, nanti huru hara lak..Dah ada software yang disable autorun ok lar..

No comments:

Post a Comment