PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





12 October 2010

Skodeng 10.10.10

Tiada kata yang sesuai mengambarkan keadaan ini.Cuma Al Fatihah dan Takziah kepada keluarga mangsa..Saban tahun kita disajikan kemalangan bas ekpress..Ada lagi pelbagai kemalangan yang melibatkan kenderaan lain..tetapi yang melibatkan bas ekpress menjadi tumpuan kerana melibatkan kematian yang ramai dalam satu kemalangan selain merupakan pengangkutan awam.

Aku sebagai pengguna bas ekspress tahu bagaimana lajunya bas yang dibawa oleh pemandu..aku cuma boleh nyatakan bas yang aku naiki sahaja sebab aku saksikan dengan mata aku sendiri..bas lain aku tak tahu la.

Pelbagai langkah kerajaan telah laksanakan seperti log perjalanan, kotak hitam, ujian saringan air kencing dan lain-lain. Kemalangan tetap berlaku.Kehilangan jiwa tetap ada. Di mana silapnya.Di stesyen bas ekpress di tempatkan anggota JPJ dan Polis. Malah trdapat anggota JPJ menyamar menjadi penumpang..saman telah dikeluarkan..

Bagi pengguna macam aku nih..apa langkah kita yang perlu ambil?Boikot?Tapi kita perlukan pengankutan yang murah. Naik kapal terbang?Mahal tuh kecuali kalau tempah 3 bulan lebih awal.

Cara aku..setiap kali aku beli tiket bas aku anggap aku beli 100% peluang untuk kemalangan.So untuk aku kurangkan risk dia sedikit demi sedikit aku ambil langkah ini..

Sebelum Perjalanan.

1.Beli tiket syarikat Bas yang rekod cemerlang.

2.Elakan perjalanan waktu malam. Seelok-eloknya perjalanan waktu pukul 8:30 pagi.

3.Elakan menaiki bas double decker.Jika terpaksa naik pilih tingkat atas.

4.Minta tempat duduk yang tengah sama ada kiri atau kanan.Elakan sama sekali seat belakang driver dan seat driver kedua.

Semasa perjalanan.

1.Elakan tertidur semasa perjalanan supaya kita dapat bersedia jika sesuatu terjadi.

2.Pakai seatbelt jika ada.

3.Letak beg galas dihadapan di atas riba yang boleh jadi sebagai absober semasa impact.

4.Peka kepada perubahan pergerakan bas dan bau yang luarbiasa seperti benda terbakar.

5.Teliti tempat yang anda boleh jadikan tempat berpaut jika bas hilang kawalan.

6.Perhatikan tingkah laku driver sama ada dia melakukan kesalahan jalan raya atau tidak.Jika ya SMS kepada LPKP dan siapkan dengan bukti sekali. Lakukan dengan hati-hati tanpa disedari oleh driver.

7.Berdoa kepada Allah supaya lindungi diri kita dan para penumpang agar sampai ke destinasi dengan selamat. Sesungguhnya hanya Dia yang lebih tahu dan berkuasa ke atas semua benda.

Ini adalah langkah yang aku ambil kerana aku setiap bulan dua kali aku balik kedah.Kita cuma boleh ambil langkah pencegahan dan pengurangan risiko sahaja. Yang selebihnya terserah la ke pada Yang Maha Esa.

Gambar dari kijang59













No comments:

Post a Comment