PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





28 September 2010

Skodeng Tentera Islam Dalam Nazi.

Tahu Perang Dunia 2? Masa tuh aku pun tak dak lagi..Ayah aku baru ja lahir pada 1940.Aku mula mengenal German dan Nazi pada masa umur aku 12 tahun berdasarkan buku sejarah.Aku kagum dengan keberanian dan kekuatan mereka bertempur dengan tentera berikat..malah teknologi ketenteraan mereka jauh lebih maju dari pihak berikat.

Tapi sedar tak di dalam angkatan tentera German terdapat tentera Islam..ya.. tentera Islam.Ada lagi..tentera Islam ini adalah dari SS division..woah...Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan tentera Islam ini adalah SS Reichsfuhrer Heinrich Himmler and SS-General Gottlob Berger.Mereka berjumpa Hitler dan mencadangkan penubuhan tentera Islam.Himmler berpendapat Orang Bosnia adalah keturunan Aryans (kelayakan SS division) dan pegangan jika mereka berperang akan mendapat ganjaran syurga menjadi pemangkin dalam memerangi komunis.Penubuhan tentera Islam ini adalah untuk mengimbangi kestabilan Balkan dan penyebaran fahaman komunis.

SS kependekan dari Schutzstaffel bermaksud Protection Squad.SS tidak tertakhluk pada pemerintah tentera biasa.SS di bawah kuasa Hitler dibantu oleh Himmler dan beberapa orang pegawai yang lain termasuk ketua pemerintah division.Dilaporkan SS banyak melakukan jenayah kekejaman perang termasuk penghapusan etnik..well..its war..

Berbalik kepada Tentera Islam tadi..Mereka dinamakan 13th Waffen Mountain Division SS Handszar.

SS Handszar mempunyai lebih 20000 orang anggota dan 10 peratus darinya terdiri daripada Croat Kristian.Setiap battalion mempunyai seorang Imam.Atas sebab-sebab yang pelik SS division nih macam hilang ditelan sejarah..Pertempuran mereka sesangat kurang diberi perhatian...yer sebelum aku lupa ada juga pegawai pemerintah SS handszar beragama Islam nih dapat pingat Knight Cross..pingat tertinggi dalam tentera german.Rasanya pasal pemberontakan tentera di Peranchis kot..Cuba lar google tengok..masuk jer SS Handszar kat search tu..

No comments:

Post a Comment