PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





07 September 2010

Skodeng Caring Your PC Part 2

Ok sambung balik..kali nih pasal Software pulak.. Software adalah perisian yang kita install dalam hardisk sebagai OS atau application interface. Tapi kali nih aku nak buat point jer..sebab yang ini lar selalu membawa kepada data loss atau PC LEMBAB GILER.Owhhh..aku juga akan bagi tip penjagaan..Disebabkan aku bukan ader diploma dan bukan tech komputer maka sila lar rujuk point aku dengan orang lain..Aku bukan PANDAI..

1. Guna OS original..kiter boleh update OS untuk tampung mana-mana kelemahan keselamatan atau bug dalam OS (bug bermaksud kepincangan software) Yer lar depa yang buat pun orang jugak..Kalau nak guna pirate terpulang ler..ada cara dia..

2.Antivirus-WAJIB ada..aku sarankan kalau tak mampu nak beli ORI pakai jer AVAST FREE EDITION.Selalu update online atau manual dan jangan malas scan..sambil scan sambil buat kerja pun boleh siap.Seminggu sekali pun ok jugak lar..Fungsi virus sama ada mencuri kata laluan melalui key logger,joke atau merosakan data..

3.Spyware Scanner-WAJIB ada.Fungsi dia untuk kesan dan hapuskan Spyware atau Adware yang akan mengintip dan menghantar data secara sulit kepada server tertentu..menyebabkan data,password,internet profile kita dihantar kepada pihak ketiga selain itu juga akan membuatkan internet dan pc kita slow giler2.Spybot dan Spyware Terminator freeware dan agak baik..Yer lar benda free..tak payah bayar..Download>Install dan jangan lupa selalu update database dia selalu dan jangan malas nak scan..Scan sambil korek idung atau tengok movie pun boleh..

4.Disable Autorun-Window ada satu function..Incase kalau kita jolok pendrive atau masukan dvd window akan pop up auto play..Senang..tapi lemahnya inilah cara utama virus memasuki pc..so nak selamat disable autorun dan scan dahulu. Pas tu baru buka secara manual.Ada dua cara pertama ubah registry key..tapi aku tak nak ajar..kang salah buat lingkup pulak pc..aku ajar cara mudah..Donlod dan install Panda USB and AutoRun Vaccine.Klik jer vaksinkan pc dan pendrive..so pas nih tak der autoplay..kurang lar risiko kener jangkitan..

5.Scan Software-Sebelum nak install software scan dulu dengan antivirus..pastikan disable dulu Autoplay.Sebab sesetengah software pirate atau freeware dalam .exe file tersembunyi virus atau spyware yang kita akan install tanpa kita sedari.. so scan dulu..

6.Internet Explorer-Selepas surf internet jangan lupa padam internet cookies dan chace terutama selepas internet banking.Ini untuk elakan daripada ketika hijack atau spyware menghantar internet trace kepada pihak ketiga. Cara dia pada IE toolbar klik TOOL>INTERNET OPTION>DELETE pas tuh pilih apa yang nak di padam.Proses ini tak akan memadamkan list yang kita add dalam feveret.


Last sekali jangan install toolbar yang tidak dikenali..Install toolbar yahoo atau google jer itupun dari server mereka bukan dari server pihak ketiga.Jangan klik pada link yang menawarkan imbasan antivirus atau spyware secara percuma..Sebab anda tanpa disedari akan install script untuk virus..jika web terbabit meminta anda install active x control pastikan web terbabit adalah sah seperti Adobe. Sebab kiter perlukan flash player untuk tengok youtube atau web yang mengunakan aplikasi flash.

No comments:

Post a Comment