PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





07 September 2010

Skodeng Caring Your PC Part 1

Aku ada bagitau sebelum ini dalam post yang sebelum ini..Pc adalah equipment yang sensitif-dari segi overload current ,overheating dan vibration.Ngada-ngada-perlukan jagaan intensif.Bersopan santun-apa-apa pun dia akan pop up YES or NO dalam melaksanakan arahan. Kalau tuan punya dia pakai redah jer nasib lar kalau Pc berasap. Ada 3 jenis penjagaan Pc.

Hardware.

1. Power supply yang mencukupi..bukan TNB punya..power supply dalam casing tuh..ader 350 watt,400 watt..gunakan yang dapat membekalkan kuasa yang cukup pada hardware. Kalau demand lebih tapi supply kurang terbakar lak motherboard.Jangan lupa pakai Plug yang ada circuit breaker dan ada UPS (uninterruptible power supply)
2.Seboleh-bolehnya jangan bebankan motherbord dengan tambahan hardware yang tak sepatutnya seperti TV Tuner dan Bluetooth jika power supply tak dapat tampung power usage.
3Air flow yang baik.Pastikan kipas CPU,Graphic Card,Power Supply dan Casing berfungsi. Buang habuk atau sawang yang melekat pada kipas,motherboard dan Heatsink seelok-eloknya setahun sekali..tugas nih elok serahkan kepada tech komputer..
4.Pastikan tiada lipas,spider,cicak dan semut dalam Casing..lebih selamat jika gunakan casing yang lut sinar.Nampak lar jugak apa yang jadi kat dalam..
5.Sentiasa check suhu pc setelah digunakan untuk beberapa waktu seminggu sekali ker..kalau pc demam panas boleh lar tau..Cara dia boot pc dan tekan F2 atau DELETE key semasa CMOS reading. Tengok kat bahagian system CPU tempeture. Jangan GATAL tangan nak ejas benda lain lak.. lain jadinya.Kalau tak sure tekan ESC untuk exit. Dia akan tanya ARE YOU SURE TO EXIT(kan dah cakap pc nih sopan)Exit jer lar..so kalau terubah BIOS dengan tak sengaja buat cara nih..Jangan tekan F10..itu save setting and exit..
6. Sentiasa shutdown pc mengikut prosuder START>SHUTDOWN dan tunggu dia off sendiri..jika program HANG Tekan CTRL+ALT+DELETE pilih not responding program dan tekan klik END TASK. Sebab dia semasa ini RAM sedang READ n WRITE sama dengan HARDISK tengah READ n WRITE..kalau bernasib malang semasa loss power Actuator Arm hardisk tak dapat reset ke kedudukan asal..nak tengok macam mana Actuator Arm tengok pemain piring hitam yang lama tuh..tuh lar dia..Head Actuator READ n WRITE plate dalam Hardisk bentuk dia seperti DVD berkilat permukaan dia tetapi lebih tebal..Macam cermin pun ader..Kerosakan hardisk kebanyakan adalah disebabkan Actuator Arm gagal untuk reset atau berfungsi atau head dia crash kat plate. Kedua plate hardisk tak berpusing disebabkan short circuit.Jika jagaan baik dan tidak terdedah pada gegaran jangka hayat hardisk adalah antara 3-15 tahun(ikut jenama,jenis dan penggunaan IDE biasa kurang dari 4 tahun SATA bertahan lebih lama)..Hohoho lama tuh..ikut nasib jugak ye..DVD ROM jangka hayat dia antara 40 ribu jam-70 ribu jam bergantung kepada penggunaan dan penjagaan..selalu lar guna disk cleaner.

No comments:

Post a Comment