PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





11 September 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan kepada siapa sahaja yang mengenali aku..Aku beraya sorang-sorang tanpa isteri tersayang..yer lar dia ada di Kedah aku dok kat Shah Alam.. Aku tetap hepi..Hepi sebab aku masih ada bini bukan bujang..ada keja tidak mengangur..boleh makan bukan kebulur..
Aku lebih hepi sebab Allah tak tarik nikmat yang Dia berikan..Aku bersyukur sangat-sangat..Maha Penyayang lagi Maha Permurah..kerana Dia kasihkan hamba-hambanya..dia berikan rahmat untuk bernafas sehingga waktu yang dijanjikan..Dia berikan cukup sifat anggota badan sehingga masa Dia janjikan..
Bila Dia janjikan?Semasa kita masih dalam kandungan lagi...apa yang tercatat di dalam Luh Mahfuz, itulah yang Dia janjikan..
Di harap kanak-kanak dan orang ramai tak lagi bermain mercun..masa main seronok..tapi bila jadi musibah menyesal tak sudah..kalau tak kena tak rasa, boleh lar gelak ketawa..boleh kata rilek lar..tak der apa-apa..



Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar...

No comments:

Post a Comment