PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





20 August 2010

Skodeng Rest A While

Baru-baru nih Isteri dan keluarga mentua aku accident di Tanjung Malim semasa pulang dari KL. Punca kemalangan adalah disebabkan tayar kereta meletup dan mereka terbabas dan terbalik ke dalam longkang highway. Turut cedera adik ipar aku yang mungkin terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di India mengalami kecederaan di pinggang dan kaki..at least buat masa sekarang la..Bapa mentua aku turut cedera di kaki..Wife aku selamat..besa lar nama pun wife aku mesti lar kuat ..cuma dia agak tekejut dan Allah melindungi beliau..

Ketika aku call wife aku hari tuh..sora dia lemah dan tak bermaya..pas tuh dia cakap dia accident..aku ketawa sakan...serius aku ketawa..aku ingat dia bergurau..tiba-tiba aku terdengar siren melalui hs dia..masa tuh aku terpikir perghh... dia punya special efek lakonan memang gempak..hanya beberapa saat selepas tuh baru aku sedar mereka betul-betul accident..Kehidupan kami suami isteri memang selalu dengan gurau senda..ada masa aku sengaja bersembunyi disebalik pintu sampai berpeluh semata-mata nak sergah dia.. Jika ada peluang memang dia lar jadi mangsa kebulian aku..

Selepas dia tengok citer hantu selalu aku pandang atas almari dan aku kata kononnya aku nampak 'benda'...hehehe takot!!nasib lar sapa suruh jadi wife aku..memang kener buli lar..at least dia dan aku sama-sama ketawa.

Susah kalau tidak tinggal bersama Isteri..sorang di utara sorang di tengah..InsyaAllah Bulan tiga nanti aku akan berposting ke kedah semula..best!!!!!!Dapat balik kat tempat sendiri...

Raya nih aku tak dapat balik sebab aku bertugas macam biasa..Isteri aku pun dia kerja di pagi raya..nak buat macam mana...har3..apa-apa pun aku tetap enjoy sebab mereka selamat..

No comments:

Post a Comment