PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





30 June 2010

Skodeng aku tengah sengal..

PEROMPAK BODOH DAN POLIS BERDEDIKASI

Suatu petang sedang seorang anggota polis sedang membuat rondaan.Tiba-tiba terserempak dengan seorang perompak,sebagai polis yang berdedikasi
ia mengejar perompak tersebut setelah agak lama mengejarnya tapi tidak berjaya menangkap perompak tersebut tiba-tiba jam tangan polis itu berbunyi
lantas dia berhenti mengejar perompak.Perompak pun terlepas.
Petang esoknya terserempak lagi,polis yang sama kali ini polis itu berazam menangkap perompak tersebut,perompak itu yang melihat kesungguhan polis yang mengejarnya bertindak nekad terjun ke dalam sungai yang dalam tapi tiba-tiba ia naik semula.Polis tadi berjaya menangkap perompak tadi tapi hairan dengan tindakan perompak tadi jadi ia pun bertanya…”Kenapa awak naik semula?”Tanya polis dengan nada kehairanan.Perompak itu menjawab,”Tiba-tiba saya teringat yang saya tak tahu berenang jadi saya naik semula”.Jawab perompak dengan nada tenang.Polis tadi pun berkata “Nasib baik awak naik semula,saya pun tak tahu berenang kalau kita terjun tadi susah la jadinya”.Perompak teringat hal kelmarin dan bertanya kepada polis.Polis tadi menjawab,”Kelmarin semasa saya mengejar awak jam tangan saya berbunyi,menandakan waktu kerja saya tamat jadi saya terus balik”,jawab polis dengan selamba.Tiba-tiba jam tangan polis tadi berbunyi,Perompak tadi berkata “Waktu kerja awak dah tamat patut awak lepaskan saya dan kita boleh sambung pada hari lain”Dengan yakin polis tadi membalas “Tak apa,setelah semalam gagal menangkap awak,hari ini saya kena buat OT”…..

No comments:

Post a Comment