PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





19 April 2010

Skodeng Kegajahan.

Setelah beberapa hari kener lanyak dengan perbarisan maka aku kembali ke tamadun manusia.Tak perlu lagi nak tengok padang dan bukit. Yang penting tak bangun dah pukul 4 pagi.

Pernah tengok gajahkan? Binatang mamalia darat yang terbesar dan sangat mementingkan hidup berkumpulan. Sejenis binatang yang pedendam dan mudah naik hangin. Sangat suker dengan air..

Pernah makan daging dier? Ader orang dalam dunia ini yang makan daging gajah..rasa macam mana aku tak tahu sebab aku tak pernah makan..


Hm dah kerasdah sekor.

Bila dah tumbang makhluk yang bernama manusia pun berpusu datang..


Acara melapah. Kulit dia memang tebal gila. Aku rasa mesti penat giler..aku tengok pun aku penat..


Bagaikan semut. Kat atas bukit kecil tu sedang menunggu bersama cif untuk isyarat serangggg!!!Yang pegang kaki tuh mungkin dia dah cop awal-awal bahagian peha..



Kan dah cakap..siap bawak baldi lagi..Mengingatkan aku suatu masa dulu kami pernah macam nih..Kat kampung aku di kedah pada 80an ada lori ikan accident terbalik kat highway PLUS. Lebih kurang 1.5 tan sotong,ikan,ketam dan udang bertaburan di atas highway.. Maka tokey dia mengarahkan driver dia panggil orang kampung datang beramai-ramai menyapu lincin penghuni laut yang menjadi mangsa kemalangan.
Yer lar..Benda dah bertaburan atas highway..bagi mengelakan busuk..maka tak sampai 2 jam clear semuanya..selama 3 minggu rumah aku berpesta dengan makanan laut..




Just skeleton..lols..sup tulang lar tuh..bagi anjing itu lar syurganya..stok setahun tu.




Aku minat tengok gambar ngeri tapi dalam masa yang sama aku mabuk darah. Pelik tapi itu ler dia.



Salah seorang penduduk yang turut serta.



Jangan salah sangka. Mereka kat afrika nih mengambil kesempatan atas apa yang alam dapat berikan kepada mereka. Rezeki jangan ditolak.Aku tak tahu punca kematian gajah tersebut. Gajah di afrika adalah binatang yang dilindungi undang-undang.

No comments:

Post a Comment