PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





01 April 2010

Skodeng bagai melepaskan boya tersepit.

Bagai melepaskan boya yang tersepit. Boya yang tersepit memang ganas sebab dia dalam ketakutan. So menganas lar. Aku ader tengok video buaya yang tersangkut di bawah kereta abis dia gigit bumper kereta sampai terputus. Woahh.. bayangkan dia gigit betis kita yang gebu ini..

Buaya nih dia tersangkut pada batang paip. Hohoho kes tak boleh u turn la ni. Tak der video. Mereka terpaksa menanggalkan batang paip untuk bagi dia peluang untuk bergerak dan melepaskan diri sendiri.


Batang paip yang menegak..kat leher dia..boya tembaga jer yang aku tau ader leher..itu pun kener gigit..berbirat merah..gigitan gedik namanya..merenyam..gatal..terhegeh-hegeh..



Kang dah tak boleh U turn..



Letih agaknya..



Bila paip dah tak der.. Woarghhhhh..Boyazilla..Cuba lar saper-saper pergi nak bermanja dengan dia..nescaya dia akan ambil sebahagian dari tangan anda untuk sobiner. hahaha.. Tapi kita tolong dia akan dapat pahala yang besar..seganas-ganas dia..dia kelak akan jadi penjamin..

Di akhirat kelak.. semua binatang akan berkata-kata.. Jika buaya ini kita tolong maka dia kan menjadi penjamin kita.. Dia akan berkata 'Wahai tuhanku, sesungguhnya hambamu ini telah menolong aku disaat aku tersepit,walhal dia tahu aku sangat ganas, tetapi dia masih membantu aku dari kesulitan.'

Maka Allah pun meringankan penderitaan kita..setiap layanan kita kepada makhluk lain akan diambil kira baik atau buruk..

Ada masa perbuatan baik kita akan dibalas sewaktu di dunia lagi..dan cara balasan sangat berbeza..dan kita tak tahu sehingga la berlaku..

Ada juga perbuatan zalim kita tak dibalas di dunia..tetapi Allah tangguhkan sehingga hari pembalasan kelak..kenapa? Sebab Allah beri peluang kepada kita untuk kita bertaubat..Allah kurniakan lagi rahmat kepada kita dengan kesihatan dan kekayaan..kenapa kita menzalimi orang lain dan diri kita tetapi Dia masih lagi memberi rahmat? Dia mengasihi ciptaanNya. Sebaik-baik ciptaanNya adalah manusia. Kedudukan manusia di atas semua ciptaanNya. Jika malaikat boleh merasai cemburu maka manusialah malaikat akan cemburu dengan bersungguh-sungguh..Dia memberi rahmat agar hambanya bersyukur dan menyedari kesilapan..

Sejak kejadian malaikat sehingga akhirat..mereka beribadat tanpa henti..tapi Allah angkat darjat manusia lebih tinggi dari mereka..

Ada seorang perempuan yang sangat suka berhibur dengan alat muzik..tetapi setiap kali azan dia akan berhenti demi menghormati azan. Maka Allah haramkan api neraka dari menyentuh perempuan ini. Allah berkata.. wanita ini masih mengingati Aku walaupun ketika dia leka, (aku lupa detail dia)..sebab dah dekat 30 tahun berlalu, ayah aku selalu bercerita pasal kisah nabi-nabi.

Malam nih baring atas katil..tutup lampu..jangan tidur lagi..cuba fikir sejak bangun tidur sehingga kita baring banyak mana kita telah membuat dosa..jangan fikir pasal pahala..tetapi pasal dosa..cuba..setiap orang akan merasai sesuatu yang berbeza berdasarkan seketul hati..jika HATI telah mati maka tiada rasa apa lar..tapi jika masih hidup kita akan rasa gerun tetapi dalam masa yang sama kita akan rasa tenang..sama seperti selepas sembahyang..rasa tenang...wallhualam..

No comments:

Post a Comment