PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





29 April 2010

Skodeng atuk hebat..tepuk-tepuk..

Aku tak suka tengok AF. Tak tahu kenape. Padahal aku suka dengar music video dan mp3. Agaknya sebab AF tuh made in malaysia tak? Tapi aku minat jugak lagu-lagu melayu. Tapi jarang sangat lar. Aku sangat memilih bab-bab dengar lagu melayu. Aku suka dengar lagu zaman 80an dan 90an. Ada kelas. Berbanding lagu sekarang banyak yang buat aku migrain. aku terpikir kat mana yang bestnya. Artis sekarang bersinar sekejap pas tuh malap.

Aku cuma kenal beberapa orang artis sahaja itu pun sebab ada kes mahkamah,gaduh,cerai dan yang kes-kes lain. Maksudnya aku kenal mereka sebab mereka selalu masuk paper. Kalau dia orang masuk paper menang pertandingan ker tak tahu la pulak, sebab aku tak berminat nak ambil tahu.

Baru-baru ini acik Spin terbunuh dalam kemalangan jalan raya..baru lar aku terhegeh-hegeh nak cari macam mana rupa acik spin. Lagu bola-bola api tuh aku minat sangat.Al Fatihah untuk acik Spin.

Agaknya aku minat lagu ja kot tak minat penyayi dia.Tapi jika artis tuh aku ternampak kelibat dia dalam pub,disko,kelab malam atau masalah sosial len. Terus aku gam.

video

Hoh!! Caya lar. Aku sanggup tengok atuk nih nyanyi dari tengok AF. Nama pun hiburan..atuk nih pun boleh kasik..

No comments:

Post a Comment