PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





29 March 2010

skodeng simbol smiley

Selalu kiter nampak simbol smiley..tp per kata kalau simbol tuh unik dan comel dari smiley yang ader kat ym..lagi pun aku suka kucing..tingat kucing aku yang dulu.

Masa tuh aku kecil lagi..baru 4 tahun. Aku tinggal di Lang Merah Highway Utara Selatan sedang dibina. Kami sekeluarga terpaksa berpindah kerana highway mengunakan tapak rumah kami. dari rumah baru aku dan ayah aku selalu berulang-alik dengan motor untuk ke sawah,sebahagian sawah masih ada kerana tidak termasuk dalam rizab highway.

Bila aku berjalan kat tepi highway ada sekor anak kucing nih selalu ikut aku.. dari ccerita ayah aku kucing nih selalu ikut aku dan sangat kurus. Kecil lagi dah kena buang..comot dan berkurap.. aku tak suka kerana takut kucing..dan semasa kecil aku sangat anti dengan haiwan dan selalu aku jadi mangsa ibu ayam dan bapak ayam..

Ayah aku disebabkan kesian jadi dia bawak balik dan kami pelihara dia. Kucing betina tapi mandul. Ayah aku namakan coreng. Menarik pasal kucing ini selepas dia menjilat bulu dia dia akan datang pada aku dan akan menjilat rambut aku pulak..macam ibu kucing..makanan kegemaran dia nasi goreng..dulu-dulu sarapan kami nasi goreng lebihan malam..jadi dah jadi kebiasaan..dicampur dengan ikan goreng. makanan lain dia tak makan. Aku suka ratah ikan goreng dan biasa aku kongsi dengan dia..seekor ikan aku bahagi dua ..apa yang peliknya dia akan tangkap tikus dan beri tikus yang dah mati tuh pada aku..setiap hari dia kan buat macam tu..

Percaya atau tak usia kucing tuh 13 tahun. Sebelum aku masuk ITM dia mula menunjukan tanda-tanda tua. Berak merata-rata,muntah dan gigi dia pun ada yang dah tiada. setiap hari air liur dia keluar dan berbau busuk. Hari-hari dia habiskan dengan tidur..dia tak lagi jilat rambut dan cari tikus untuk aku lagi..bila aku mula belajar di ITM suatu hari bila cuti semester aku balik, aku sedar kucing tuh tak der, bila aku tanya mak aku dia cakap kucing tuh hilang macam tuh jer..

Satu-satunya binatang yang bila aku meninggal dunia aku berharap aku berjumpa dia.. Kucing tu satu family aku terima dia sebagai sebahagian family kami. Kucing yang ader sekarang cuma bertahan dua tiga tahun jer.. Asal ader kuar malam dah tu bila balik ader lar yang bunting. Sosial sungguh..Samapai sekarang aku suka ngan kucing..dulu tak..


Lalok atau mengantuk..macam aku la nih..


Senyum..senyummmm....gediknyer...gaya mengoda..

Confused..aku datang ofis ari nih ader lar kucing buat macam nih kucing real lar..pas tu aku terpikir apa motif dia..adakah sebab aku datang awal ari nih?Skang aku lak confused!!


Hairan..kalau tuan dia mengeowww dengan malu-malu mungkin ini lar reaksi dia..

Hepi.. Hepi.. Hepi.. Wat?

Blrrrrrrrr.. aku tak tau nak panggil aper..blrrrrrrr...

LOL.. Sama lar gelak guling-guling..

Terkujat-kujat..Tak pernah dengar kucing sakit jantung sebab terkejut..

Kenape? Tak percaya?

Grrrrr..Bwarghhhhhh..

Sob sob sob. Spare me..ohh plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Kenyit mater..
..

No comments:

Post a Comment