PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





29 December 2009

Skodeng saja-saja.

Ada beberapa video yang aku tak dapat nak upload sebab nanti dikatakan racist. Tapi bila aku tengok video tu patutnya gunakan jer Mp5. Senang cerita. Samseng bukan main libas parang sana sini siap tetak orang lagi. Tapi bila polis bawak Mp5 tahu pulak lari. Kalau dia tetak kerata yang baru kiter beli pas tuh duit tinggal lagi sepoloh hinggit nak sara anak bini lagi gaji 3 hari lagi nak dapat. 3 hari macam 3 minggu.

Aku pernah tengok kawan aku makan nasik dengan sisa minyak goreng ikan. Ikan dia bagi anak gn bini dia share. Gaji lagi seminggu. Duit gaji abih buat repair kereta. Tak der kereta tak kerja la.

Ok ada juga kemalangan kalau kita tengok memang lawak. Kepada lelaki yang memandu jangan tengok pompuan semasa memandu. Kalau gatai nak tengok juga..tanya alamat umah dia.pas tu pergi rumah dia bawak popcorn suruh dia duduk atas sofa pas tu tengok puas-puas. Kalau tak puas juga bawak balik, beli aquarium yang besar lepas tu masukan air pas tu suruh dia masuk dalam tu pas tu ari-ari bagi makanan ikan.



Tengok sendiri lar.Aku ingat species ni dah pupus tapi upanya masih ada lagi.




Ada juga teknologi yang disalahguna atau tak tau nak guna so jadi tragedi la. Tank NGV meletup. Aku ada video kejadian yang berlaku kat Malaysia. Video semasa mangsa berada di wad kecemasan. Asanya dalam youtube dah diuploadkan dah. key in jer ngv meletup dapat lar.



Ok. cukup la tu. Aku sedang menunggu gambar kemalangan Expless sani. Ehsan dari kawan aku yang antara orang terawal tiba di lokasi kejadian. Pas nih kalau nak naik double deck pastikan anda memilih tingkat yang atas. Kejadian ini adalah kali kedua. Kali pertama sampai terburai perut kena besi pengadang.Pendapat bodoh aku kena ada 40driver gantian dan seorang penumpang. Setiap 30 saat tukar driver.Bodohnya..

Driver tidur nih perkara lama tapi masih berulang. Dulu aku pernah juga dengan poyonya aku tidur jugak. Sedar-sedar dah ada dalam longkang. Serius aku tak sedar bila aku terlelap. Aku rasa macam mimpi. Ada kejadian, aku terlelap tetapi tiba-tiba tersentak jaga hanya beberapa meter saja dari keter rosak kat tepi highway. Seriusly bila masa dia parking aku tak tahu.

Suatu hari sedang aku melayan perasaan tunggang motor..bila aku kembali ke dunia nyata aku hanya sempat nampak roda depan motorsikal budak pompuan yang aku langgar.Laju ke tak bayangkan trotel motor tu aku pulas sampai abih. Cedera? Percaya atau tak aku cuma alami melecet jer.Kulit aku dibuat dari reinforce titanium.Gyahaha. Tapi serius aku cakap bila doktor buat x ray. Dia geleng kepala. Hanya 1cm saja lagi tulang aku nak tikam paru-paru.Dah lar tak disimen. Yer lar rusuk,bahu dengan leher mana nak disimen.Leher aku terkehel jugak lar. Nasib baik tak patah. Helmet aku remuk..Ada cop sirim la katakan.Motor bahagian depan hancur..Aku pakai body armour. Bak kata orang kedah orat dawai,kulit tin dan tulang besi. Tipu jer...lol

Pas tu untuk selama seminggu bila aku bergerak akan terdengar la tulang meletup-letup. Mak aku sampai menangis bila dia dengar. Doktor memang tak akan simen bahagian dada sehingga kepala.Sejak ari tu aku jadi seiko berminat tengok gambar orang ngeri-ngeri nih. Sampai koleksi aku banayak pas tu aku kongsi dengan nko orang semua. Sekarang aku bawak slow dah. Dia bagi warning 3 kali...kali ketiga memang amaran keras. Polis yang pergi ketempat kejadian mengatakan kebanyakan eksiden macam tu adalah eksiden maut. Aku bersyukur sangat aku masih lagi idup hingga ari ini. Tobat dah.

No comments:

Post a Comment