PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





28 December 2009

Skodeng Hang Pa Terkejut Ka?

hheeeeeeee..ketika aku balik kampung ari tuh. Aku ada bertandang ke rumah seorang Sargeant bahagian jenayah. Ironinya dia pernah tangkap kawan aku pasal kes bunuh, kes melarikan anak orang,kes liwat dan banyak lagi. Lebih ironi lagi ialah dia bakal menjadi bapak mertua aku sendiri. Dia ada cakap safest seat adalah driver. Deadly seat pun driver juga, ikut pada situasi. Dalam mana-mana kemalangan kalau buat statistik tentu kita boleh lihat yang mana satu tinggi kematian dia.Ok. aku bagi beberapa perkara untuk difikirkan.

1. Driver seat adalah sebelah kanan.

2. Laluan kecemasan adalah dibahagian kiri.

3. Seatbelt bukan jaminan keselamatan.

4. Lebih dari 80% penumpang seat belakang tidak memakai seatbelt.

Pemandu akan lebih memikirkan dirinya jika terjadi kemalangan. dia akan cuba mengelak dari merempuh sesuatu (naluri - first) (akal - second). Selepas itu,tempoh reaksi yang diambil sesaat sebelum kemalangan. Di sini banyak kepelbagaian situasi. Ada kemalangan yang pemandu dia tak sempat menjerit pun. Dengan kata lain belum pun sempat nak sebut Ya Allah. Jika ada kesempatan naluri dia akan mengelak ke sebelah kiri jika ada kenderaan datang dari arah bertentangan masuk pada laluan dia. Sama jika kenderaan yang cuba memotong akan cuba memasuki laluan asal semula.

Kenderaan yang rosak akan diletak pada bahu jalan atau lorong kecemasan. Atas kecuaian pemandu bahagian yang akan menerima impak adalah pada bahagian kiri. Kenderaan besar akan mempunyai rear guard atau palang besi pada bahagian belakang. Ini untuk mengelakan kenderaan kecil termasuk ke bawah perut semasa kemalangan.

Pemakaian seatbelt dikebanyakan negara adalah mandatori. Tetapi ia bukanlah jaminan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan. Secara tepat adalah untuk meningkatkan peluang untuk hidup berbanding tanpa pemakaian seatbelt. Kerana jika driver ia masih lagi terdedah kepada impak pada sebelah kanan dari kenderaan lain atau impak semasa kemalangan (cermin dan frame) dan atas (bumbung) jika kereta flip over. Atau lebih tepat kereta kena penyek.

aku sambung len kali...


Satu tanggapan penumpang seat belakang masih selamat dan tiada risiko kematian. Tanggapan itu salah. Tanpa seatbelt ia masih lagi terdedah kepada kecederaan parah pada kepala jika terkena dashboard atau patah leher jika kenderaan flip over berulang kali. Jika badan menghentam seat hadapan pada kelajuan tinggi risiko kecederaan dalam juga tinggi. Perlu diingatkan dinding kereta dibuat dari logam, kepingan logam semasa kemalangan bolen menjadi setajam pisau memotong tubuh badan semasa kemalangan.



Kenderaan kecil memang ekonomi tetapi menawarkan tahap keselamatan yang rendah. Adakah pengeluar kereta memikirkan mengenai hal ini? Body kenderaan pada bahagian hadapan lembut adalah ciri-ciri keselamatn juga,berfungsi sebagai penyerap impak hentaman jika tidak mempunyai airbag. Size kereta yang kecil mengurangkan keluasan kawasan untuk impak tersebar. Tapi kereta juga mempunyai main frame yang kukuh tapi sekali lagi bukan sebagai jaminan.

Kenapa kepala dia terkulai macam tu? Kenapa kepala dia tidak terbenam pada dashboard.

Pemakaian seatbelt meningkatkan peluang untuk hidup. Tapi sekali lagi bukan satu jaminan. Driver terselamat kerana pemakaian seltbelt dan hentaman adalah pada bahagian kiri.

Tapi malang bagi penumpang hadapan, walau dengan pemakaian seatbelt dia masih lagi kehilangan nyawa. Bagi penumpang belakang jelas tanpa seatbelt. Mengalami kecederaan parah pada kepala. Penutup yang menutupi muka tu selalu kita lekat pada cermin tingkap.

Bas warna ni siapa pun tahu ini adalah bas kilang. Bas diletak pada lorong kecemasan. Mengikut gambar ini tiada kon keselamatan diletakan pada belakang bas. Mungkin telah diubah selepas kejadiaan. Kerosakan adalah pada bahagian kanan belakang bas.

No comments:

Post a Comment