PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





09 December 2009

Skodeng budak nyesal.



Kecik-kecik dah pandai nak jadi stuntman.. yer ker?
Entri kali nih pasal seorang budak. Aku tak tahu negara asal gambar ini tapi aku tahu ini pasal budak ini mencuri.


Mesti saspen giler budak nih..


Tak sakit cuma asa sengal-sengal dan ngilu jer..barangkali ada jugak geli-geli dia.



Sakit tuh..


Arghhh..dah abih kene lanyak dah..itu lori pickup yer bukan lori mainan..




Patah riuk lar.



Nko orang asa dia nih nak buat lagi tak? Bagi aku tobat dia tak nak buat lagi dah. Aku ada satu cerita yang aku nak kongsi bersama. Aku seorang yang pendiam jenis yang tak cakap banyak.
Bila anak sedara aku yang lelaki tu nakal sangat, suka sangat bermain di tengah-tengah jalan. Ayah dia dan mak dia slalu membebel nasihat tapi tak menjadi. Aku pun buat tak tahu sahaja. Suatu hari sedang aku bersantai di depan rumah dia dan adik dia yang nombor dua sedang bermain di tengah jalan. ada lar budak kampung dalam umur 11-12 tahun menunggang motor. Laju..tapi lagi sikit sajer nak kena langgar. Apa lagi menjerit ketakutan la kakak aku.
Budak2 yang tunggang motor tadi terus belah macam itu sahaja..yer lar kecil lagi mana tau apa itu tanggung jawab. Macam biasa aku buat dek ja macam tak der perasaan. So kakak aku request la supaya aku nasihat dia orang nih.
Aku pun wat jer la. Cara aku, aku tangkap chief dia (anak sulong kakak) lepas itu aku ikat kat pokok. Aku amik sarang kerengga pas tuh letak kat dia. Meraung, melalak dan macam-macam lagi. Siap terkencing dalam seluar. Lepas tuh bila nampak dari jauh aku balik kerja masing-masing lari sembunyi dalam umah.
Kalau ayah dia orang suruh mandi sampai malam pun tak mandi. Tapi kalau aku, aku cuma cakap jer pas tuh berlari-lari pergi mandi. Aku ada 7 orang anak sedara. Semuanya mengeletar bila aku balik.
Anak-anak sekarang dimanjakan sangat. Kena rotan dengan guru terus buat report polis, bawa kes ke mahkamah. Cara aku ngajar pun tak betul sangat terlalu drastik. Tapi lebih baik buat macam tu dari nyesal kemudian.Macam biasa aku jenis pendiam buat aper nak nasihat. Sekarang nih dah ada kes budak sekolah rendah liwat rakan sebaya dia, itu belum masuk lagi hubungan seks semasa sekolah rendah.
Nak ker anak-anak jadi macam nih?






3 comments: