PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





21 December 2009

Skodeng 1001 maksud..

Aku buat posting macam nih kali nih sebab tadi masa aku tengah minum kopi sambil makan kuih aku edit posting gambar eksiden. Ntah tiba-tiba aku rasa mual siap nak muntah-muntah lagi. Kembang pipi tu..biasanya ok jer.




First sign of danger run!!!




But nope to the police..they always run toward the danger!! Kadang-kadang kehilangan nyawa. Kenapa? Adakah sebab arahan? Atau sebab nak dapat pingat? Atau nak dapat nama?





Komunikasi adalah sangat penting masa kini. Ramai yang menggunakan mobile phone,sampaikan dua tiga ketul sorang. Harga memang beratus-ratus..





Aku pakai celcom postpaid. bila line bz atau ada masalah bila call centre dia orang cakap tengah upgrade system. Kerap macam tu. Abih tu yang sebelum tu upgrade aper? Tak akan tak abis-abis lagi. Tension betul aku asa amai yang menghadapi masalah yang sama. Tak guna jugak kalau kawasan liputan meluas tapi kualiti service hampeh pun tak guna juga. Tapi aku kena pakai juga tak akan nak pakai telefon benang kot.



Binatang,serangga dan manusia semuanya ada kaki dan tangan. Kalau yang jenis yang memang tiada tu macam ular ada penganti macam bergerak menggunakan perut. Tapi kegunaan untuk binatang dan serangga terhad.






Kalau manusia unlimited. Akan menjadi saksi kita pada hari pengadilan kita nanti. Korek hidung pun akan ditanya. Yer la pas korek hidung pergi seving makanan kat orang tak basuh lak tu.




Aku tak tahu apa yang kucing ni fikir tapi aku tahu naluri dia ada naluri ingin tahu.Memang tak salah jika dia ada naluri binatang.


Perogol,pembunuh dan penculik ada masa dia dan kerap kali dia campak mangsa dia macam tu saja..Suka sangat nak jadi binatang. Tak tahu pulak perogol hantar mangsa dia ke balai polis. Tapi ada juga perompak yang nak merompak berdoa sebelum nak mula operasi. Benda nih memang real berlaku dan video dia aku dah terdelete.



Kucing binatang suka tempat yang sempit, panas dan kurang berangin. Tapi di dalam microwave walaupun panas bukan pilihan utama dia. Sangat pandai mencari tempat tinggal walau pun kadang-kadang suka tidur atas pokok.





Tapi ada satu makhluk yang sangat kreatif dalam mencari tempat tinggal. Ada cita rasa tinggi ada bunglow 70-80 buah belum termasuk kereta 2-3 ribu bijik. (yer ker?)Walaupun mengemis tapi mereka masih lagi kreatif dan mampu berusaha mencari nafkah.


Jangan sesekali membuat muka macam nih pada anak dara jiran anda di hadapan dedi dia.
Nasib la kalau kena hentak dengan dedi dia.

Ntah la aku macam tak konfiden ja dengan riak muka kucing nih. Macam nak curik aku punya bekfes jer. Nak suruh dia jaga ikan? Abis lar ikan aku..kalau tinggal tulang pun dah kira bernasib baik.. Kadang-kadang aku asa tengok popye lak.


Penyangak internet.. memang kerap kita dengar dan masih ada yang terlalu baik hati dengan mempercayai mereka ini. Scam pun orang malaysia selalu terkena lagi.Maybank2U?heheheh.. sampai bila gejala nih nak abis tak tahu la. salah sapa? Aku guna internet, tapi kalau ada web yang mintak no telefon ker atau akaun bank ker memang aku tak bagi. Giler apa tiap-tiap minggu dia antar ms pas tu caj 5 ringgit. Ada yang boleh donload free lagi.


Kat kampung aku kucing itam dianggap jelmaan iblis. Tapi tak semua..ada juga yang betul-betul binatang.Kucing belaan aku (bukan jin belaan yer) dah ilang, mgkin kena curi..sebijik macam yang gambar mula-mula sedang berlari tuh. Ada 4 ekor aku bela dari kecik, sekor mati masa kecik, yang kaler itam jadi pirate, suka sangat kidnap anak ayam..last-last dia kuar merantau. Tapi kadang-kadang dia balik kampung gak. Yang no 3 pelik sikit. mungkin dia ada krisis identiti, selalu anggap diri dia sebagai spiderman. Mungkin pengaruh tv agaknya, pantang jumpa tempat yang boleh panjat semua dia panjat. Yang last sekali. ntah kenapa dia suka bersin, paling manja dengan aku mungkin sebab dia yang paling kecik,paling comel dan paling ngada-ngada. Dia suka tidur atas riba dan suka dibawak jalan-jalan dengan motor waktu petang.





Tapi ada juga manusia yang teringin nak jadi iblis dah tu percaya pulak manusia yang nak jadi iblis ini. Kat tempat aku ada tempat pemujaan nombor ekor. aku pun ikut gak sebab nak tengok.. Macam mana orang percaya tak tahu la sebab bagi aku tahyul semua tu. khurafat.

Hoh aku nak Break kejap..



Dulu masa kecik-kecik macam nih la kot aku bila mak nasihat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi yang peliknya aku ingat lagi apa yang mak aku nasihat. Abis tu apa yang keluar sebenarnya? confused..Aku asa amai yang degil dan nakal waktu kecil dulu. Termasuk dengan aku la...




Kalau aku tak dengar juga memang merah lar kena piat. Actually binatang kita nasihat dia tak tau pun. Tapi manusia lain, dia boleh paham tapi buat-buat tak paham. Bila dah terjadi perkara tidak diingini baru lar oooo patut lar.... baru tahu naper berbuih orang nasihatkan. Saper tahu macam mana asa kena gantung leher? Pernah tak asa macam mana kener lenyek dengan kereta api? Sayangnya orang yang dah alami dah tak idup nak cerita balik. Sakit dia memang nak mampos. Gantung kat penjara mematahkan tengkok serta merta. Tapi kalau sendirian berhad tengkok tak patah. tercekik dengan tali dan masa nak mati memang seksa. Buat salah berat kat Malaysia memang hukuman gantung sampai mati. Jangan ada cita-cita jadi penjenayah.



Muka tak bersalah. Waktu kecik-kecik buat salah pun orang boleh kesian lagi. Menangis dan meraung orang kesian lagi. Kesalahan pun kecik-kecik juga. Tapi bila besar tak tahu lagikan.
Tapi bila dah besar bukan lagi nak mencuri buak-buahan kat kebun JKK lagi..mana ada kelas..mencuri kat 7-11 ker, shooping komplek ker..baru brutal..atau rogol budak tadika..hmm kat tempat aku dulu ada budak sekolah menengah nih rogol budak sekolah rendah..meraung mintak ampun masa kena lanyak. Aku tengok mangsa pun kecil lagi..baru darjah 3..ibu dia mata bengkak menangis. aku tengok sendiri sebab aku antara yang ke balai pada masa tuh. semasa kawan aku ditangkap dalam kes bunuh jer aku tak der..badan mangsa dicincang selepas dibunuh. Marah punya pasal..


Pelik kadang-kadang haiwan pemangsa boleh idup sekali dengan santapan dia. ada juga yang menyusukan pulak macam ibu anjing menyusukan anak kucing. Kucing berkawan dengan burung. Binatang tiada perasaan tetapi ada naluri.




No komen. Aku cuma boleh cakap aku benci dengan artis Malaysia. Aku tak tengok filem Malaysia. Takder feel langsung. Modal yang sama.. kisah cinta..kisah airmata..kisah berebut harta..kisah dengki kat orang..memang la benda tu biasa kat malaysia nak buat pengajaran..muak..tambah pulak artis tu ada masalah..aku malas nak cakap..


Kita lapar, kita masak atau pergi beli kat kedai. Makanan mewah biarpun cuma megi jer ujung bulan..Ada umah biarpun tidur atas tilam nipis takder katil. Sejukan badan walau dengan kipas angin sajer. Tumpang tengok tv atau main game umah kawan sebab umah kita tak der. Tapi lama-lama kumpul duit beli juga. Untungnya lahir kat Malaysia. Biar pun keja kilang.




Macam mana kalau kita di lahirkan dikalangan mereka ini. Semasa di alam roh..tiada roh yang berkulit gelap,putih,sawo matang. Tak tahu pun bangsa apa. Sememangnya roh itu rahsia tuhan. Tapi telah ditetapkan roh itu akan berada di dalam rahim bangsa apa, berkulit warna apa dan di negara mana. Tapi tak ramai yang terfikir macam nih.Aku bila makan megi aku teringat ada lagi orang yang susah dari aku..makan juga lar walau aku teringin nak makan nasi ayam..



Kucing belaan..jin belaan tak termasuk, bila lapar dia tunggu jer waktu makan. Kalau biasa diberi makan pukul 12 tengah hari.. Pukul sebelas dia dah tunggu.. dia mana nak tau tengok jam. Tapi naluri dia tahu bila waktu makan. Okeh aku tanya siapa yang asa kesian tengok muka kucing yang mengharap ini.


Hmmmmm.. tempat aku banyak juga macam nih. Dulu aku pernah marah orang yang minta sedekah kat aku. Siap halau lagi. Dekat medan selera padang tembak, Penang. Kanak-kanak kecil yang mintak, aku tahu semua itu didalangi oleh orang-orang tertentu. Jadi aku tak bagi lar.Ada yang aku tengok, sihat sangat patut boleh kerja.. tapi keja macam nih juga. Tapi kalau orang tengok memang kesian..ada yang bagi..ada yang buat-buat tak nampak. Pendapatn dia orang nih lagi tinggi dari aku.. sapa lagi kesian?





Kucing tak der keja dia akan tido tidur. Lagi pun mana dia nak keja melainkan mengabihkan ikan yang dibeli Dah tuan dia tak nak main dengan dia, perut dah kenyang tido jer keja dia. Tapi gaya dia tidur buat aku jeles. Hmm kucing mudah melatah juga..




Lols.. Kalau manusia nih dia lagi kreatif macam-macam dia boleh buat.





Kucing hidu gam juga ker? Atau dia kebosanan jadi dia pun posing depan kamera macam nih? Blrrrrrr...








Aku pun tak tahu apa yang bestnya. Tapi kat kedah memang aku minum air daun ketum. Layan dowh.. Tapi ada sebab..kami buat keja kampung nak ilangkan lenguh badan nak jimatkan duit beli ubat.Petik la daun ketum rebus untuk minum ilang la lengoh dia. Untuk cacing pun boleh tak payah pergi klinik. Tapi ada yang advance campur dengan ubat nyamuk, ubat gegat, racun tikus, racun rumpai dan tahi lembu. Serius benda nih memang ada. Aku tak minum lar..geli dowhh. Aku buat sendiri yang original, warna dia macam air teh. Daun dia sekarang sekilo RM 40. Tapi sekarang dah tak lenguh-lenguh badan jadi tak minum la.

*****************************************************************

Sebenarnya gambar yang aku post nih banyak maksud tersirat. Malas aku nak hurai satu-satu. Ikut tafsiran sendiri la. Len orang len pemikiran dia. Macam masa sekolah dulu cikgu suh cari maksud tersirat bila diberikan gambar. Bukan apa nak tengok pemikiran kita.

No comments:

Post a Comment