PERINGATAN

PENDAPAT YANG DITULIS ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
TERDAPAT ARTIKEL YANG MENGANDUNGI GAMBAR YANG KETERLALUAN, NGERI, SENSITIF DAN BOLEH MENGUGAT EMOSI.





13 December 2009

Skodeng Berhati-hati Di Jalanraya. PART 2





Disebabkan ada masalah upload image cuma dapat upload dua keping saja. Tapi part 2 ni tempat kejadian adalah di Malaysia. Kenderaan mengunakan plat Wilayah. Dipercayai bangsa melayu.
Mangsa dipercayai terbabas akibat jalan yang lincin.
Sebenarnya koleksi aku banyak sama ada dalam bentuk still image atau pun video. Asanya dalam 10 gigabyte. Manakala koleksi bahan-bahan lain pun banyak juga. Baru mengunakan separuh dari 1 terabyte hardisk. Sumber sama ada dari emel, internet atau dari kawan-kawan. Tak semuanya aku boleh teringat jalan cerita dan bagaimana kejadian terjadi.

Macam biasa motorsikal ibarat timun. Timun gelek durian, timun sakit. Durian gelek timun pun timun yang sakit. mudah hilang imbangan,no protection dari semua arah tidak seperti kereta dan kenderaan lain.

So saper-saper yang bawak moto tu ati-ati yer. Maut mengintai anda semua. mati serta merta bukan bermakna kita tidak merasai sakratul maut. sakit selepas badan hancur tetap dirasai roh,walaupun nyawa sudah bercerai dari badan.
Kadang-kadang bukan salah penunggang motorsikal. Ada yang berpunca dari keadaan jalan, cuaca dan sikap pengguna jalan raya yang lain.

Bukan niat untuk memalukan mangsa. Realitinya jika kita cuba melindungi realiti tiada siapa yang tahu realiti sebenarnya. Gambar menunjukan kepala dan bahagian tangan kiri mangsa.
Media cetak dan elektronik akan menapis gambar sebelum disiarkan kerana atas dasar sensitiviti. Sama seperti yang kita baca di dalam surat khabar jika ada berita produk makanan yang disahkan tidak selamat atau mengandungi unsur babi maka jenama dia akan diblurkan. kenapa? Takut kena saman yek? sekarang nih popular dengan saman-menyaman dah jadi satu trend pulak.

No comments:

Post a Comment